Connect with us

Terkini

Buka ruang kepada ‘gen z’ perkasa sektor risikan negara – Pakar Keselamatan

Kerajaan perlu mempertimbang untuk membuka peluang kepada generasi muda, khususnya mereka dengan kemahiran dalam bidang teknologi perisian, untuk membantu memperkasa sektor risikan nasional, kata Pakar Keselamatan, Muhammad Fuad Mat Noor.

Avatar

Published

on

Buka ruang kepada ‘gen z’ perkasa sektor risikan negara – Pakar Keselamatan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan perlu mempertimbang untuk membuka peluang kepada generasi muda, khususnya mereka dengan kemahiran dalam bidang teknologi perisian, untuk membantu memperkasa sektor risikan nasional, kata Pakar Keselamatan, Muhammad Fuad Mat Noor.
  • Beliau berkata ini kerana terdapat ramai di antara kelompok ini sebelum ini yang pernah terlibat  dalam aktiviti menggodam teknologi perisian rejim penjajah zionis Israel.
  • “Lepasan universiti di Malaysia telah terbukti sebelum ini berjaya menggodam sistem perisian atau teknologi Israel. Kenapa tidak gunakan kepakaran mereka ini dan serap mereka masuk dalam risikan,” katanya kepada The Merdeka Times ketika dihubungi pada Khamis.
  • Sebelum ini, media melaporkan kumpulan penggodam yang menggelar diri mereka sebagai Dragonforce Malaysia (DFM) melancarkan serangan siber yang dinamakan Operasi Badai Al-Aqsa.
  • Melalui satu surat DFM, kumpulan itu melancarkan aktiviti godaman ke atas pangkalan data dan akaun media sosial Israel sebagai tindak balas terhadap tindakan rejim zionis menyerang rakyat Palestin di Gaza.

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu mempertimbang untuk membuka peluang kepada generasi muda, khususnya mereka dengan kemahiran dalam bidang teknologi perisian, untuk membantu memperkasa sektor risikan nasional, kata Pakar Keselamatan, Muhammad Fuad Mat Noor.

Beliau berkata ini kerana terdapat ramai di antara kelompok ini sebelum ini yang pernah terlibat  dalam aktiviti menggodam teknologi perisian rejim penjajah zionis Israel.

Katanya, golongan itu juga dilihat mempunyai potensi untuk membangunkan teknologi perisian  yang mampu menahan  ancaman godaman musuh luar.

“Lepasan universiti di Malaysia telah terbukti sebelum ini berjaya menggodam sistem perisian atau teknologi Israel.

“Kenapa tidak gunakan kepakaran mereka ini dan serap mereka masuk dalam risikan,” katanya kepada The Merdeka Times ketika dihubungi pada Khamis.

Muhammad Fuad berkata amatlah rugi sekiranya kelebihan yang ada pada kelompok itu disia-siakan selain ia akan membawa kepada fenomena jumud dalam pembangunan teknologi.

Beliau mendakwa portfolio di bahagian risikan ketika ini diterajui golongan berusia di mana mereka ini dikatakan bukan daripada generasi mahir menggunakan teknologi.

Pakar keselamatan itu berkata mana-mana agensi atau jabatan kerajaan juga mesti membangunkan teknologi perisian tersendiri dan tidak bergantung harap kepada seliaan syarikat luar negara.

“Apabila kita bergantung kepada negara luar bagi penggunaan teknologi  komunikasi, alat pintasan bahagian risikan, ia akan mendedahkan risiko yang mana perisian tersebut mempunyai pepijat.

“Kita kena faham, syarikat pembekal teknologi ini memang dikaitkan rapat dengan perisikan negara mereka.

“Jadi, kadang-kadang kita tidak tahu ada pepijat menyalurkan maklumat kepada sesuatu agensi di luar negara. Kita bukan hendak menuduh, tetapi ini kemungkinan kerana dia (syarikat) yang cipta sistem itu,” katanya.

Mengambil contoh Tentera Diraja Malaysia, Muhammad Fuad berkata meskipun pihak itu ada membeli perisian daripada luar, namun mereka kemudiannya akan mengubahsuainya dengan kerjasama syarikat teknologi tempatan.

“Kita mesti membangunkan sistem barulah tidak mudah untuk pihak luar menembusinya, kerana kodnya telah dicipta oleh kita sendiri,” katanya.  

Sebelum ini, media melaporkan kumpulan penggodam yang menggelar diri mereka sebagai Dragonforce Malaysia (DFM) melancarkan serangan siber yang dinamakan Operasi Badai Al-Aqsa.

Melalui satu surat DFM, kumpulan itu melancarkan aktiviti godaman ke atas pangkalan data dan akaun media sosial Israel sebagai tindak balas terhadap tindakan rejim zionis menyerang rakyat Palestin di Gaza. The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama

Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
  • Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
  • Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
  • “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
  • “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
  • Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
  • Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.

KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.

“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.

“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.

Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.

Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.

Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending