Connect with us

Terkini

4,994 kes buli dicatatkan setakat Oktober 2023

Data daripada Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) dari Kementerian Pendidikan (KPM) menunjukkan jumlah kes buli meningkat dari tahun 2021 hingga 2023.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

4,994 kes buli dicatatkan setakat Oktober 2023
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Data daripada Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) dari Kementerian Pendidikan (KPM) menunjukkan jumlah kes buli meningkat dari tahun 2021 hingga 2023.
  • Berdasarkan data dikongsi Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying di Dewan Rakyat pada Rabu, jumah kes buli yang direkodkan pada 2021 adalah 326 kes, rendah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
  • Pada tahun lalu, jumlahnya meningkat mendadak kepada 3,887 kes manakala pada tahun 2023, sehingga Oktober, jumlahnya adalah 4,994 kes.
  • Hui Ying memaklumkan kerajaan bercadang untuk menambah jumlah guru kaunseling sekiranya kes buli terus meningkat.

KUALA LUMPUR: Data daripada Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) dari Kementerian Pendidikan (KPM) menunjukkan jumlah kes buli meningkat dari tahun 2021 hingga 2023.

Berdasarkan data dikongsi Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying di Dewan Rakyat pada Rabu, jumah kes buli yang direkodkan pada 2021 adalah 326 kes, rendah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Begitupun, pada tahun lepas, jumlahnya meningkat mendadak kepada 3,887 kes manakala pada tahun 2023, sehingga Oktober, jumlahnya adalah 4,994 kes.

“Semua kes ini, siasatan telah dijalankan dan tindakan susulan telah diambil terutamanya dari segi bimbingan kaunseling.

“Kes buli atau gejala sosial ini melibatkan banyak pihak, bukan hanya ibu bapa, NGO juga, kita memerlukan penglibatan daripada mereka.

“Juga komuniti setempat. Tujuan kami untuk memastikan kes buli dapat dikurangkan, pembuli dan mangsa buli dapat diberikan bimbingan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan daripada Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH – Balik Pulau) berkaitan kes buli di sekolah.

Dalam pada itu, Hui Ying memaklumkan kerajaan bercadang untuk menambah jumlah guru kaunseling sekiranya kes buli terus meningkat.

“Memang kita akan pastikan kalau ada kes buli bertambah, tindakan yang segera, terutamanya menangani murid sekolah adalah kaunseling, bimbingan.

“Mereka mesti diberi kesedaran dan bimbingan yang sepatutnya, untuk tahu mengapa mereka buli, ingin buli dan lakukan perbuatan buli.

“Kaunseling memang amat mustahak, sekiranya kes bertambah, memang kita akan menambah guru kaunseling di sekolah,” ujarnya.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *