Connect with us

Terkini

1,000 syarikat berkelayakan terbabit projek rintis Dasar Gaji Progresif tahun depan – Rafizi

Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif akan dimulakan dengan projek rintis Jun tahun depan membabitkan 1,000 syarikat yang memenuhi syarat kelayakan gaji pekerja di antara RM1,500 hingga RM4,999.

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

1,000 syarikat berkelayakan terbabit projek rintis Dasar Gaji Progresif tahun depan – Rafizi
Foto: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
  • Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif akan dimulakan dengan projek rintis Jun tahun depan membabitkan 1,000 syarikat yang memenuhi syarat kelayakan gaji pekerja di antara RM1,500 hingga RM4,999.
  • Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata pemilihan syarikat itu akan dibuat secara telus berdasarkan prinsip kesaksamaan tahap keperluan sektor dan sokongan dasar. 
  • “Penilaian projek rintis akan dilaksanakan pada September tahun depan untuk memastikan ketersediaan dasar sebelum Dasar Gaji Progresif secara menyeluruh dilaksanakan kepada semua majikan dan ekonomi,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. 
  • Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mengenai garis masa pelaksanaan gaji progresif dan objektif menuju negara maju di mana rakyat berpendapatan tinggi boleh dicapai. 

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif akan dimulakan dengan projek rintis Jun tahun depan membabitkan 1,000 syarikat yang memenuhi syarat kelayakan gaji pekerja di antara RM1,500 hingga RM4,999. 

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata pemilihan syarikat itu akan dibuat secara telus berdasarkan prinsip kesaksamaan tahap keperluan sektor dan sokongan dasar. 

“Penilaian projek rintis akan dilaksanakan pada September tahun depan untuk memastikan ketersediaan dasar sebelum Dasar Gaji Progresif secara menyeluruh dilaksanakan kepada semua majikan dan ekonomi,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mengenai garis masa pelaksanaan gaji progresif dan objektif menuju negara maju di mana rakyat berpendapatan tinggi boleh dicapai. 

Rafizi berkata Dasar Gaji Progresif dirangka bertujuan menangani isu gaji rendah yang membelenggu golongan pekerja di negara ini sejak sekian lama. 

Katanya, ia merupakan inisiatif yang dapat menyumbang kepada salah satu daripada 17 anjakan besar dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) mengenai ketersediaan bakat masa depan. 

“Dasar ini bertujuan untuk mereformasi struktur gaji pekerja Malaysia terutamanya di sektor swasta supaya gaji dapat ditingkatkan secara progresif seiring dengan produktiviti dan ekonomi negara maju ke rantaian nilai yang lebih tinggi,” katanya. 

Mengulas lanjut, Rafizi berkata Dasar Gaji Progresif mempunyai tiga ciri utama di mana pelaksanaannya adalah secara sukarela oleh majikan. 

“Kerajaan akan memberikan insentif untuk menggalakkan seberapa ramai majikan dan pekerja menyertainya.

“Bagi pihak pekerja, ianya mesti terkait dengan produktiviti,” katanya. 

Rafizi kemudiannya memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif akan dibentangkan di Parlimen pada Khamis ini. — The Merdeka Times

Sumber: Youtube Parlimen Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *