Terkini
Thailand sedia lebihkan eksport beras ke Malaysia
Thailand bersedia untuk memperkukuhkan perdagangan dua hala dengan Malaysia dalam bidang pertanian.
- Thailand bersedia untuk memperkukuhkan perdagangan dua hala dengan Malaysia dalam bidang pertanian.
- Menteri Pertanian Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, perkara itu dicapai semasa beliau menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Pertanian dan Kerjasama Thailand, Chaiya Promma.
- “Terutama dalam menyediakan bekalan beras kepada Malaysia demi menjamin sekuriti makanan negara berada di tahap yang terbaik,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
PETALING JAYA – Thailand bersedia untuk memperkukuhkan perdagangan dua hala dengan Malaysia dalam bidang pertanian.
Menteri Pertanian Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, perkara itu dicapai semasa beliau menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Pertanian dan Kerjasama Thailand, Chaiya Promma.
“Terutama dalam menyediakan bekalan beras kepada Malaysia demi menjamin sekuriti makanan negara berada di tahap yang terbaik,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Terdahulu, Mohamad memaklumkan kunjungan hormat Timbalan Menteri Pertanian dan Kerjasama Thailand serta delegasi diadakan di Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
Menurut beliau, kunjungan hormat itu bersempena Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pertanian Dan Perhutanan (AMAF)
“Saya menghargai peluang perbincangan ini dan ia merupakan perbincangan yang sangat penting mengenai hubungan perdagangan dua hala Malaysia dan Thailand dalam sektor pertanian,” katanya.
Sumber: Kosmo