Connect with us

Antarabangsa

Serangan pepijat, Perancis minta rakyat kenakan pakaian ‘tertutup’ lindungi diri

Warga Perancis digesa memakai pakaian yang dapat melindungi diri mereka daripada serangan pepijat yang semakin berleluasa di negara itu ketika larangan memakai ‘abaya’ dikekalkan.

A.R. Khan

Published

on

Serangan pepijat, Perancis minta rakyat kenakan pakaian 'tertutup' lindungi diri
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Warga Perancis digesa memakai pakaian yang dapat melindungi diri mereka daripada serangan pepijat yang semakin berleluasa di negara itu ketika larangan memakai ‘abaya’ dikekalkan.
  • Beberapa minggu kebelakangan ini, pepijat bertukar daripada menjadi bahan ejekan kepada isu politik yang menjadi perbalahan di Perancis.
  • Rata-rata rakyat yang terkejut turut melaporkan keberadaan serangga itu di lokasi pengangkutan awam, pawagam dan fasiliti perubatan.
  • Rakaman yang dimuat naik di media sosial jelas menunjukkan serangga itu berlegar di tempat duduk pengangkutan awam Paris, kereta api berkelajuan tinggi dan lapangan terbang Charles de-Gaulle.
  • Pakar kesihatan menasihatkan rakyat melindungi tubuh daripada gigitan pepijat dan menekankan keperluan melindungi diri ketika Perancis terus mengekalkan larangan memakai abaya (jubah Muslimah) di sekolah, menunjukkan tindakan Islamofobia ketara.

Warga Perancis digesa memakai pakaian yang dapat melindungi diri mereka daripada serangan pepijat yang semakin berleluasa di negara itu ketika larangan memakai ‘abaya’ dikekalkan.

Beberapa minggu kebelakangan ini, pepijat bertukar daripada menjadi bahan ejekan kepada isu politik yang menjadi perbalahan di Perancis.

Rata-rata rakyat yang terkejut turut melaporkan keberadaan serangga itu di lokasi tertentu, termasuk pengangkutan awam, pawagam dan fasiliti perubatan.

Rakaman yang dimuat naik di media sosial jelas menunjukkan serangga itu berlegar di tempat duduk pengangkutan awam Paris, kereta api berkelajuan tinggi dan lapangan terbang Charles de-Gaulle.

S2J News melaporkan pakar kesihatan menasihatkan rakyat melindungi tubuh daripada gigitan pepijat dan menekankan keperluan melindungi diri ketika Kerajaan Perancis terus mengekalkan larangan memakai abaya (jubah Muslimah) di sekolah.

Ketidakselarasan dalam arahan itu benar-benar menarik perhatian dengan tindakan pihak berkuasa Perancis mendedahkan sentimen Islamofobia ketara.

“Pepijat adalah isu kesihatan awam dan harus diisytiharkan sedemikian,” kata Timbalan Datuk Bandar Paris Emmanuel Grégoire dalam tulisannya kepada Perdana Menteri, Elisabeth Borne, dipetik CBS News. 

Advertisement

Beliau turut menyeru Kerajaan Perancis untuk menyusun pelan tindakan bagi menangani masalah itu di peringkat nasional.

Kebimbangan itu semakin menjadi-jadi ketika Perancis sedang bergelut dengan penganjuran Piala Dunia Ragbi dan bersiap sedia mengalu-alukan atlet dan peminat dari seluruh dunia untuk temasya Sukan Olimpik 2024.

Sumber: S2J News, CBS News

Author

Antarabangsa

Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam

Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.
  • Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.
  • Pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.
  • “Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.
  • “Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.

GAZA: Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.

Dalam serangan bertali arus yang dilancarkan Israel dilihat cubaan untuk mengusir penduduk dari utara wilayah itu ke selatan.

Sementara itu, Hamas mengecam United Kingdom (UK) kerana merancang untuk melancarkan pengawasan melalui udara ke atas Semenanjung Gaza dengan menggelarkan negara itu sebagai rakan dalam perang Israel.

Memetik laporan media Arab, UK yang menjalankan penerbangan pengawasan ke atas Gaza didakwa mahu membantu mengesan tawanan Israel, kata Hamas menerusi satu kenyataan.

Pada Sabtu lalu, Kementerian Pertahanan UK mengesahkan bahawa tenteranya melakukan penerbangan pengawasan ke atas Gaza.

Dalam pada itu, pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.

Advertisement

“Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.

“Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.

Tentera Israel turut mengarahkan rakyat Palestin mengosongkan beberapa kawasan di dalam dan sekitar bandar Khan Younis.

Selain itu, rejim Zionis juga menyiarkan peta yang menunjukkan tempat perlindungan yang perlu dituju oleh rakyat Palestin dari Khan Younis sehingga ke selatan iaitu di Rafah bersempadan dengan Mesir.

Ramai penduduk Gaza mendakwa kawasan yang mereka dipaksa untuk pergi turut diserang. – AGENSI

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending