Connect with us

Antarabangsa

Rishi Sunak cadang remaja 14 tahun ke bawah generasi penamat rokok di UK

Perdana Menteri United Kingdom (UK), Rishi Sunak mencadangkan penggubalan undang-undang supaya kanak-kanak mencecah atau berumur 14 tahun ke bawah bermula tahun ini,  tidak akan dibenarkan membeli rokok seumur hidup mereka.

A.R. Khan

Published

on

Rishi Sunak cadang remaja 14 tahun ke bawah generasi penamat rokok di UK
Foto: Perdana Menteri United Kingdom (UK), Rishi Sunak.
  • Perdana Menteri United Kingdom (UK), Rishi Sunak mencadangkan penggubalan undang-undang supaya kanak-kanak mencecah atau berumur 14 tahun ke bawah bermula tahun ini,  tidak akan dibenarkan membeli rokok seumur hidup mereka.
  • Perkara itu dimuat naik beliau di platform media sosial X semalam dengan tajuk poster yang bertulis “Satu Generasi Yang Membesar Bebas Rokok”.
  • Perdana Menteri UK itu menegaskan pentingnya perkara tersebut bersama dapatan kajian bahawa empat dari lima orang yang merokok memulakan tabiat itu sebelum mencecah umur 20 tahun.
  • Merokok adalah punca ‘masalah kesihatan nombor satu yang boleh dicegah’, menyebabkan 64,000 kematian setahun di England.
  • Terdahulu di Malaysia, doktor, pengamal perubatan di negara ini turut mendesak Kerajaan Madani melaksanakan segera Rang Undang-Undang (RUU) Akta Generasi Penamat Rokok (GEG).

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri United Kingdom (UK), Rishi Sunak mencadangkan penggubalan undang-undang supaya kanak-kanak mencecah atau berumur 14 tahun ke bawah bermula tahun ini,  tidak akan dibenarkan membeli rokok seumur hidup mereka.

Perkara itu dimuat naik beliau di platform media sosial X semalam dengan tajuk poster yang bertulis “Satu Generasi Yang Membesar Bebas Rokok”.

Perdana Menteri UK itu menegaskan pentingnya perkara tersebut bersama dapatan kajian bahawa empat dari lima orang yang merokok memulakan tabiat itu sebelum mencecah umur 20 tahun.

Merokok adalah punca ‘masalah kesihatan nombor satu yang boleh dicegah’, menyebabkan 64,000 kematian setahun di England.

Beliau juga menyatakan kadar pertumbuhan penggunaan vape semakin meluas serta membimbangkan dalam kalangan pelajar kelak akan diikuti dengan tindakan susulan untuk mengekang perkara itu berterusan.

Terdahulu di Malaysia, doktor, pengamal perubatan di negara ini turut mendesak Kerajaan Madani melaksanakan segera Rang Undang-Undang (RUU) Akta Generasi Penamat Rokok (GEG). — The Merdeka Times

Sumber: X – Rishi Sunak

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Enjin carian dikuasakan AI kemungkinan langgar hak cipta kandungan berita – Media Jepun

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.
  • Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.
  • Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.
  • Persatuan media itu menyatakan kebimbangan tentang “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”, sekali gus boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita”.
  • Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.

Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.

Persatuan itu juga menyatakan kebimbangan mengenai “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”.

Ia boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita,” katanya.

“Enjin carian AI kadangkala mengembalikan respons yang tidak tepat kerana mereka menggunakan semula atau mengubah suai artikel secara tidak wajar,” kata persatuan itu.

Persatuan itu berkata syarikat harus memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan mereka sebelum pelancaran.

Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Kenyataan itu turut menunjukkan “isu ‘carian sifar klik’, di mana pengguna tidak melawat sumber asal (artikel/kandungan)”.

“Kekurangan trafik boleh membawa kepada pengurangan aktiviti pelaporan organisasi berita, yang kemudiannya akan memberi kesan negatif kepada demokrasi dan budaya,” kata persatuan itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending