Connect with us

Terkini

(VIDEO) Lebih 5,000 berhimpun solidariti kepada Palestin di Masjid Negara

Lebih 5,000 individu, termasuk pemimpin politik kerajaan dan pembangkang, duduk sepentas dan berhimpun secara aman bagi menyatakan solidariti kepada Gaza, Palestin di Masjid Negara di sini tengahari tadi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ashraff Zamell

Published

on

Lebih 5,000 berhimpun solidariti kepada Gaza di Masjid Negara
Foto: Orang awam yang hadir berhimpun secara aman bagi menyatakan solidariti kepada Gaza.
    • Lebih 5,000 individu, termasuk pemimpin politik kerajaan dan pembangkang, duduk sepentas dan berhimpun secara aman bagi menyatakan solidariti kepada Palestin di Masjid Negara di sini, tengah hari tadi.
    • Perhimpunan bermula jam 2 petang itu dihadiri Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, pemimpin pelbagai parti politik dan wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGO) tempatan.
    • Antara pemimpin yang hadir ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang juga Presiden Parti Amanah, Mohamad Sabu; Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh; Ketua Pemuda PN merangkap Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari; Ketua Angkatan Muda Keadilan merangkap Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli dan Ketua Pemuda DAP, Dr Kelvin Yii Lee Wuen.
    • Kesemua mereka mendesak serangan Israel ke atas Gaza dihentikan selain menggesa negara bersekongkol dengan rejim zionis supaya membebaskan Palestin.

    KUALA LUMPUR – Lebih 5,000 individu, termasuk pemimpin politik kerajaan dan pembangkang, duduk sepentas dan berhimpun secara aman bagi menyatakan solidariti kepada Palestin di Masjid Negara di sini, tengah hari tadi.

    Perhimpunan bermula jam 2 petang itu dihadiri Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, pemimpin pelbagai parti politik dan wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGO) tempatan.

    Antara pemimpin yang hadir ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang juga Presiden Parti Amanah, Mohamad Sabu; Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh; Ketua Pemuda PN merangkap Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari; Ketua Angkatan Muda Keadilan merangkap Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli dan Ketua Pemuda DAP, Dr Kelvin Yii Lee Wuen.

    Kesemua mereka mendesak serangan Israel ke atas Gaza dihentikan selain menggesa negara bersekongkol dengan rejim zionis supaya membebaskan Palestin.

    Dr Akmal Saleh menyeru peperangan ini ditamatkan segera dan bukan dengan gencatan senjata, sebaliknya memberikan hak kekal kepada rakyat Palestin. 

    “Kita tak nak gencatan, sebab apa? Gencatan hanya sementara. Kita nak hak rakyat Palestin diberikan secara kekal. Kita nak mereka hidup di tanah mereka. Itu yang kita minta.

    “Cukup-cukuplah gencatan, gencatan ini hanyalah waktu rehat bagi tentera Israel,” kata Dr Akmal Saleh kepada The Merdeka Times di sini.

    Fadhli Shaari pula berkata antara mesej ingin disampaikan melalui perhimpunan hari ini adalah penyatuan masyarakat tanpa mengira ideologi politik dan agama.

    ”Kita nak sampaikan mesej bahawa rakyat Malaysia bersatu hati tanpa mengira warna politik dan latar belakang politik, tanpa mengira agama.

    ”Dan penyatuan ini merupakan satu sejarah untuk kita bawa ke peringkat antarabangsa bahawa rakyat Malaysia sekarang sudah bersatu untuk menentang penjajahan zalim dan genocide (pembunuhan beramai-ramai) yang dilaksanakan oleh Israel pada hari ini,” katanya.

    Perhimpunan hari ini diadakan ekoran perkembangan terbaru di Palestin apabila rejim zionis Israel melancarkan serangan ke atas Gaza sejak Sabtu lalu susulan operasi Taufan Al-Aqsa oleh pejuang Hamas bagi merampas semula tanah Palestin.

    Operasi pejuang Hamas dilakukan ekoran pencerobohan berterusan ke atas Masjid Al-Aqsa dan keganasan peneroka haram Israel ke atas rakyat Palestin.

    Setakat ini, serangan rejim zionis Israel mengorbankan lebih 1,400 rakyat Palestin dan ribuan cedera, manakala lebih 1,300 tentera dan penduduk negara haram Israel maut dan ribuan cedera. – The Merdeka Times.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *