Antarabangsa
Jiran mengadu ucap ‘Assalamualaikum’, Polis Perancis tahan wanita Muslim
Seorang wanita Muslim di Perancis ditahan pihak polis minggu lalu selepas memberikan salam kepada pekerja di tempat tinggalnya.
- Seorang wanita Muslim di Perancis ditahan pihak polis minggu lalu selepas memberikan salam kepada pekerja di tempat tinggalnya.
- Beliau dikatakan memberi salam dengan lafaz biasa seorang Muslim memberi salam dengan mengucapkan “Assalamualaikum.”
- Aduan kepada pihak berkuasa dilakukan jiran wanita itu sendiri yang terdengar dia melafazkan ucapan salam kepada pekerja di bangunan tempat tinggal mereka.
- Pihak polis memberi respon mengatakan mereka “tidak mengambil apa-apa risiko dalam konteks keadaan semasa (sekarang),” kata peguam kepada wanita Muslim yang tidak dinamakan itu, Nabil Boudi, di media sosial
- Konteks semasa dimaksudkan itu dikatakan merujuk kepada pengeboman kejam Israel di semenanjung Gaza dan pemaksaan lebih dua juta penduduk Gaza meninggalkan kediaman mereka berikutan operasi kumpulan pembebasan Hamas di wilayah haram Israel sebelum ini.
Seorang wanita Muslim di Perancis ditahan pihak polis minggu lalu selepas memberikan salam kepada pekerja di tempat tinggalnya.
Beliau dikatakan memberi salam dengan lafaz biasa seorang Muslim memberi salam dengan mengucapkan “Assalamualaikum.”
A News melaporkan aduan kepada pihak berkuasa dilakukan jiran wanita itu sendiri yang terdengar dia melafazkan ucapan salam kepada pekerja di bangunan tempat tinggal mereka.
Peguam kepada wanita Muslim yang tidak dinamakan itu, Nabil Boudi, di media sosial menyatakan anak guamnya ditahan pada pagi hari aduan itu dilakukan dan dilepaskan tidak lama kemudiannya.
Apabila ditanya atas sebab apa penahanan itu dilakukan, pihak polis memberi respon mengatakan mereka “tidak mengambil apa-apa risiko dalam konteks keadaan semasa (sekarang)”.
Konteks semasa dimaksudkan itu dikatakan merujuk kepada pengeboman kejam Israel di semenanjung Gaza dan pemaksaan lebih dua juta penduduk Gaza meninggalkan kediaman mereka berikutan operasi kumpulan pembebasan Hamas di wilayah haram Israel sebelum ini.
Sejak pertempuran itu, Israel mengenakan pengepungan penuh ke atas Gaza dengan memotong semua bekalan elektrik, air, makanan, bahan api dan bantuan ke wilayah konflik itu.
Israel juga meningkatkan pengeboman untuk mendorong penduduk Palestin berpindah jauh ke selatan sempadan Mesir dalam usaha jelas membersihkan wilayah itu, usaha yang dikutuk sebagai kempen ‘pembersihan etnik’ dan ‘pembunuhan beramai-ramai’ dijalankan rejim zionis Israel.
Bagaimanapun, situasi itu membawa kepada peningkatan yang teruk berkaitan dengan ketegangan antara individu pro-Palestin atau pro-Israel di sekitar dunia barat.
Akibatnya, serangan Islamofobia dijangkakan akan meningkat seperti mana insiden yang dilaporkan ini.
Sumber: A News, Middle East Monitor