Terkini
Enam kapal perang China kini berada di wilayah Timur Tengah
Enam kapal perang milik kerajaan China dilaporkan kini berada di sekitar wilayah Timur Tengah.

- Enam kapal perang milik kerajaan China dilaporkan kini berada di sekitar wilayah Timur Tengah.
- Tentera Pembebasan Rakyat China (CPLA) sebelum ini melaporkan penglibatan mereka dalam latihan ketenteraan bersama dengan tentera laut Oman, selesainya lawatan di Oman, mereka ke Kuwait untuk mengadakan “lawatan muhibah lima hari.”
- “Selepas berjaya menamatkan lawatannya ke Oman, pasukan petugas pengiring tentera laut China ke-44 tiba di Pelabuhan Shuwaikh, Kuwait, seperti yang dirancang pada pagi 18 Oktober, untuk lawatan muhibah selama lima hari,” kata Kementerian Pertahanan China dalam kenyataan dipetik The Messenger.
- Tindakan China itu berlaku pada masa adanya konflik di rantau timur tengah iaitu ketika mana perang Israel-Hamas memasuki minggunya yang ketiga.
Enam kapal perang milik kerajaan China dilaporkan kini berada di sekitar wilayah Timur Tengah.
Tentera Pembebasan Rakyat China (CPLA) sebelum ini melaporkan penglibatan mereka dalam latihan ketenteraan bersama dengan tentera laut Oman, selesainya lawatan di Oman, mereka ke Kuwait untuk mengadakan “lawatan muhibah lima hari.”
“Selepas berjaya menamatkan lawatannya ke Oman, pasukan petugas pengiring tentera laut China ke-44 tiba di Pelabuhan Shuwaikh, Kuwait, seperti yang dirancang pada pagi 18 Oktober, untuk lawatan muhibah selama lima hari,” kata Kementerian Pertahanan China dalam kenyataan dipetik The Messenger.
Tindakan China itu berlaku pada masa adanya konflik di rantau timur tengah iaitu ketika mana perang Israel-Hamas memasuki minggunya yang ketiga.
Presiden China, Xi Jinping dipetik The South China Morning Post sebagai berkata, apa yang paling penting bagi Israel dan Hamas adalah keperluan mencapai “gencatan senjata secepat mungkin bagi mengelak konflik itu daripada meluas atau tidak terkawal sehingga menyebabkan krisis kemanusiaan yang serius.
Laporan itu juga memberitahu pasukan petugas pengiring ke-44 “terlibat dalam misi pengiring perkapalan sejak tiba di Teluk Aden utara Somalia enam bulan lalu,” tetapi telah dilepaskan daripada tugasan, oleh pasukan petugas pengiring ke-45 awal bulan tadi.
Menurut saluran berita itu, kapal perang yang masih berada di wilayah itu termasuk kapal Zibo, pemusnah peluru berpandu berpandu jenis 052D, frigate Jingzhou dan kapal bekalan Qiandaohu.
Sumber: The Messenger
