Connect with us

Antarabangsa

Dakwaan pejuang Hamas penggal kepala bayi tidak disahkan tentera Israel

Tentera Israel tidak mempunyai maklumat pengesahan mengenai dakwaan laporan media barat kononnya pejuang Hamas bertindak memenggal kepala bayi-bayi Israel, kata jurucakap unit ketenteraan Israel kepada agensi berita Anadolu pada Selasa.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Dakwaan pejuang Hamas penggal kepala bayi tidak disahkan tentera Israel
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera Israel tidak mempunyai maklumat pengesahan mengenai dakwaan laporan media barat kononnya pejuang Hamas bertindak memenggal kepala bayi-bayi Israel, kata jurucakap unit ketenteraan Israel kepada agensi berita Anadolu pada Selasa.
  • Unit pasukan ketenteraan Hamas, Briged al-Qassam, sebelum ini didakwa “memancung ramai bayi Israel” dalam serangan pertama mereka awal Sabtu lalu dari Gaza.
  • Namun ketika Anadolu menghubungi jurucakap unit tentera Israel melalui telefon dan bertanya berkenaan dakwaan itu, mereka berkata; “Kami maklum akan berita tersebut, tetapi kami tidak mempunyai maklumat serta kepastian berkenaan dakwaan itu”.
  • Situasi gamat dilaporkan berlaku apabila serangan mengejut kumpulan pembebasan Palestin, Hamas dari Gaza mula memasuki bandar-bandar di negara haram Israel, Sabtu lalu.
  • Gaza kini di bawah ‘kepungan penuh’ rejim Israel yang melancarkan serangan udara bertubi-tubi sejak Sabtu lalu di wilayah konflik didiami 2.2 juta warga Palestin.

Tentera Israel tidak mempunyai maklumat pengesahan mengenai dakwaan laporan media barat kononnya pejuang Hamas bertindak memenggal kepala bayi-bayi Israel, kata jurucakap unit ketenteraan Israel kepada agensi berita Anadolu pada Selasa.

Unit pasukan ketenteraan Hamas, Briged al-Qassam, sebelum ini didakwa “memancung ramai bayi Israel” dalam serangan pertama mereka awal Sabtu lalu dari Gaza.

Namun ketika Anadolu menghubungi jurucakap unit tentera Israel melalui telefon dan bertanya berkenaan dakwaan itu, mereka berkata; “Kami maklum akan berita tersebut, tetapi kami tidak mempunyai maklumat serta kepastian berkenaan dakwaan itu”.

Situasi gamat dilaporkan berlaku apabila serangan mengejut kumpulan pembebasan Palestin, Hamas dari Gaza mula memasuki bandar-bandar di negara haram Israel, Sabtu lalu.

Rejim Israel bertindak balas dengan serangan udara besar-besaran di Gaza dan meletakkan wilayah konflik itu di bawah ‘kepungan penuh’.

Pihak berkuasa melaporkan 1,900 individu terbunuh setakat ini dengan 900 dilaporkan warga Palestin dan 1,000 tentera dan penduduk Israel.

Israel turut dilaporkan memotong bekalan air dan elektrik ke Gaza, memburukkan lagi krisis kemanusiaan di kawasan terkepung itu.

Tempat tinggal kepada hampir 2.2 juta penduduk Palestin, Gaza sememangnya meruncing dan bergolak di bawah kepungan rejim Israel sejak 2007.

Sumber: Anadolu Ajansi

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *