Connect with us

Terkini

Anwar gesa gencatan senjata di Gaza selepas berkomunikasi dengan pemimpin Hamas

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima panggilan daripada Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh dan menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia susulan serangan dan kekejaman rejim Zionis ke atas penduduk Palestin. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Anwar gesa gencatan senjata selepas terima panggilan pemimpin Hamas
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (berkemeja putih) bersalaman dengan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sokongan tidak berbelah bagi Malaysia kepada rakyat Palestin dalam perbualan telefonnya dengan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, semalam.
  • Dalam perbualan telefon dengan Ketua Biro Politik Hamas itu, Anwar menegaskan keperluan gencatan senjata segera dan mengadakan koridor kemanusiaan di sempadan Rafah supaya bantuan kemanusiaan dapat disalurkan kepada rakyat Palestin terjejas.
  • “Memandangkan keadaan teruk di Gaza, saya menyokong pemberhentian segera pengeboman dan penubuhan koridor kemanusiaan di (pintu sempadan) Rafah.
  • “Ia juga mustahak bagi Israel untuk meninggalkan kepatuhan mereka terhadap rampasan kuasa politik, segera melakukan gencatan senjata dengan Hamas dan benar-benar mencari resolusi aman untuk menamatkan konflik berterusan ini,” kata Perdana Menteri dalam kenyataannya di Facebook hari ini.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sokongan tidak berbelah bagi Malaysia kepada rakyat Palestin dalam perbualan telefonnya dengan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, semalam.

Dalam perbualan telefon dengan Ketua Biro Politik Hamas itu, Anwar juga menegaskan keperluan gencatan senjata segera dan mengadakan koridor kemanusiaan di sempadan Rafah supaya bantuan kemanusiaan dapat disalurkan kepada rakyat Palestin terjejas.

“Memandangkan keadaan teruk di Gaza, saya menyokong pemberhentian segera pengeboman dan penubuhan koridor kemanusiaan di (pintu sempadan) Rafah.

“Ia juga mustahak bagi Israel untuk meninggalkan kepatuhan mereka terhadap rampasan kuasa politik, segera melakukan gencatan senjata dengan Hamas dan benar-benar mencari resolusi aman untuk menamatkan konflik berterusan ini,” kata Perdana Menteri dalam kenyataannya di Facebook hari ini.

Anwar berkata ianya amat penting untuk mengutamakan kesejahteraan dan keselamatan semua individu yang terjejas oleh krisis ini berbanding perkara lain.

“Dalam semangat ini, kami (Malaysia) komited untuk menghantar bantuan kemanusiaan, terutama dalam bentuk makanan dan perubatan untuk meringankan beban pihak yang memerlukan,” kata Perdana Menteri.

Dalam hantaran FB yang sama, Anwar turut berkongsi sekeping gambar semasa kunjungan hormat Ismail Haniyeh dan delegasi Palestin ke pejabat Perdana Menteri pada 24 Januari 2020. 

Gaza kini dibom dan dalam kepungan penuh rejim zionis Israel sejak 7 Oktober lalu susulan situasi terkini konflik Palestin-Israel yang mendapat perhatian masyarakat dunia dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan mengadakan mesyuarat tergempar esok, turut dihadiri Malaysia, bagi mencari solusi terbaik. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *