Antarabangsa
Amerika ‘ceroboh’ hak rakyat Palestin apabila tingkat bantuan ketenteraan buat Israel – HAMAS
Amerika Syarikat akan menghantar beberapa kapal tentera dan pesawat ke Israel sebagai tanda sokongan susulan serangan mengejut oleh pejuang Palestin, Hamas pada Sabtu.
- Menurut Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin, bantuan keselamatan kepada Israel berlepas semalam dan Washington akan menambah jet pejuang ke rantau itu juga.
- Pengumuman AS bahawa ia akan menyediakan kapal pengangkut pesawat untuk menyokong pendudukan [Israel] adalah penyertaan sebenar dalam pencerobohan terhadap rakyat kita,” – HAMAS
Amerika Syarikat akan menghantar beberapa kapal tentera dan pesawat ke Israel sebagai tanda sokongan susulan serangan mengejut oleh pejuang Palestin, Hamas pada Sabtu.
Menurut Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin, bantuan keselamatan kepada Israel berlepas semalam dan Washington akan menambah jet pejuang ke rantau itu juga.
Amerika turut mengarahkan pemindahan pesawat pengangkut ke Israel, termasuk pengangkut Ford dan kapal yang menyokongnya.
“Saya telah mengarahkan pergerakan USS Gerald R Ford Carrier Strike Group ke Mediterranean Timur,” kata Austin dalam satu kenyataan.
Semalam Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden memberitahu Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bahawa bantuan tambahan untuk tentera Israel sedang dalam perjalanan.
Hamas menyifatkan bantuan Amerika ini sebagai pencerobohan terhadap rakyat Palestin.
“Pengumuman AS bahawa ia akan menyediakan kapal pengangkut pesawat untuk menyokong pendudukan [Israel] adalah penyertaan sebenar dalam pencerobohan terhadap rakyat kita,” kata kumpulan pejuang itu dalam satu kenyataan.
Sumber : AlJazeera