Connect with us

Terkini

Shahidan syor pinda sistem pilihan raya, ikut Singapura

Wakil rakyat pembangkang mencadangkan Malaysia meminda sistem pilihan raya dengan mengambil kira pelaksanaan sistem Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Singapura.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Shahidan syor pinda sistem pilihan raya, ikut Singapura
  • Wakil rakyat pembangkang mencadangkan Malaysia meminda sistem pilihan raya dengan mengambil kira pelaksanaan sistem Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Singapura.
  • Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) berkata, cadangan bagi pindaan berkenaan wajar dipertimbangkan, bertujuan mempertingkatkan perwakilan golongan minoriti di Dewan Rakyat. 
  • Katanya, sudah tiba masanya Malaysia mempertimbangkan sistem pilihan raya berbeza memandangkan kerangka sedia ada ditentukan apabila Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa pada 1957. 
  • “Kalau kita buat pilihan raya dalam bentuk berkumpulan (mengikut sistem GRC), ia membolehkan golongan minoriti dapat wakil (dalam Dewan Rakyat),” katanya.

KUALA LUMPUR: Wakil rakyat pembangkang mencadangkan Malaysia meminda sistem pilihan raya dengan mengambil kira pelaksanaan sistem Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Singapura.

Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) berkata, cadangan bagi pindaan berkenaan wajar dipertimbangkan, bertujuan mempertingkatkan perwakilan golongan minoriti di Dewan Rakyat. 

Selain itu, katanya, sudah tiba masanya Malaysia mempertimbangkan sistem pilihan raya berbeza memandangkan kerangka sedia ada ditentukan apabila Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa pada 1957. 

“Sistem ini (GRC) adalah sistem terbaik. Sila pertimbangkan. Kita tak pernah buat pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini. 

“Kalau kita buat pilihan raya dalam bentuk berkumpulan (mengikut sistem GRC), ia membolehkan golongan minoriti dapat wakil (dalam Dewan Rakyat). 

“Contohnya masyarakat India, 6.6 peratus (daripada populasi), mereka layak dapat 16 kerusi, tetapi cuba tengok berapa kerusi orang India (di Dewan Rakyat) sekarang, tak cukup,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan Rakyat hari ini.

Sistem GRC dibentuk untuk memastikan komuniti minoriti di Singapura sentiasa mendapat perwakilan di Parlimen, pada 1988.

Bilangan ditetapkan sebagai milik masyarakat Melayu tidak boleh melebihi tiga perlima jumlah keseluruhan GRC.

Sementara itu, Shahidan berkata, menerusi sistem GRC, sekumpulan calon akan bertanding sebagai satu pasukan merangkumi pelbagai kaum pada pilihan raya.

Beliau berkata, setiap pasukan perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu calon daripada kaum minoriti di negara berkenaan, iaitu Melayu, India dan lain-lain.

Di Kemboja, katanya, golongan minoriti Islam mempunyai dua wakil dalam kerajaan, masing-masing seorang menteri kanan dan seorang menteri menerusi pelaksanaan sistem GRC.

“Kerajaan dan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), lihat balik bagaimana sistem pilihan raya ini, fikirkan balik, kerana ia bermula pada 1957 dan kita tak pernah buat pembaharuan.

“Menerusi GRC, pengundi akan mengundi sekumpulan individu untuk menjadi Ahli Parlimen yang perlu terdiri daripada ahli parti politik sama atau kesemuanya calon bebas.

“Kumpulan berkenaan mungkin terdiri daripada tiga hingga enam individu, seperti ditentukan Presiden Singapura,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *