Connect with us

Terkini

(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf

Seorang lelaki mualaf berkongsi pengalamannya didiskriminasi orang sekelilingnya, termasuk ahli keluarga sendiri setelah memeluk agama Islam.

Published

on

(VIDEO) 'Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya' – Mualaf
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang lelaki mualaf berkongsi pengalamannya didiskriminasi orang sekelilingnya, termasuk ahli keluarga sendiri setelah memeluk agama Islam.
  • Mualaf yang memeluk Islam pada Disember tahun lalu, berkata kawannya dengan sengaja membelikannya makanan tidak halal setelah mengetahui beliau memeluk agama Islam.
  • “Saya tidak pilih Islam, Islam yang pilih saya,” kata lelaki berketurunan Cina itu yang mengakui dirinya seorang Islamofobik dan anti-Islam sebelum memeluk Islam.
  • Katanya, masyarakat bukan Muslim di Malaysia mempunyai salah faham terhadap Islam kerana media meletakkan imej negatif ke atas komuniti Muslim.

Seorang lelaki mualaf berkongsi pengalamannya didiskriminasi orang sekelilingnya, termasuk ahli keluarga sendiri setelah memeluk agama Islam.

Mualaf yang memeluk Islam pada Disember tahun lalu berkata, kawannya dengan sengaja membelikannya makanan tidak halal setelah mengetahui beliau memeluk agama Islam.

“Membesar sebagai orang Cina di Malaysia amat mudah berdepan dengan Islamofobia daripada rakan dan keluarga. 

“Malah sebelum saya menjadi Muslim, saya juga seorang Islamofobik dan seorang anti Islam pada ketika itu,” katanya dalam sebuah video temubual yang dikongsikan di akaun Facebook Multiracial Reverted Muslims hari ini.

Beliau berkata, masyarakat bukan Muslim di Malaysia mempunyai salah faham terhadap Islam kerana media meletakkan imej negatif ke atas komuniti Muslim.

Katanya, sebelum memeluk agama Islam, beliau memberitahu dirinya boleh masuk kepada agama lain, tetapi bukan agama Islam.

“Saya memberitahu diri yang saya akan temui kebenaran tetapi tidak mungkin kebenaran itu Islam,” katanya.

Foto: Proses syahadah bersama staf MRM di pejabat MRM.

Setelah mendalami Islam, beliau mendapati agama Islam memberikan jawapan yang logik dan menyakinkannya.

“Saya tidak pilih Islam, Islam yang pilih saya,” katanya setelah memeluk agama Islam. – The Merdeka Times

Sumber: Facebook Multiracial Reverted Muslims

Cabaran seorang Mualaf

“Saya tidak pilih Islam, Islam yang pilih saya”Seorang mualaf yang baru memeluk Islam pada tahun lepas berkongsi pengalamannya dalam menghadapi cabaran daripada keluarga dan rakan sekeliling.Beliau yang islamofobik sebelum ini telah menjumpai kebenaran dalam Islam yang mendorongnya untuk mengucap dua kalimah syahadah.Jika ada sahabat yang juga sedang mencari kebenaran, hubungi kami di talian wasap.my/601110500414 untuk mengetahui lanjut tentang Islam.Jazakumullahu Khairan di atas sumbangan dan sokongan sahabat kepada MRM selama ini.MAYBANKPertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor5648 1052 0353

Posted by Multiracial Reverted Muslims – MRM on Monday, 18 September 2023

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author