Terkini
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
Dua media bahasa Mandarin dilihat cuba mengelirukan masyarakat dalam hukum Islam mengenai lelaki Muslim memakai seluar pendek, menyifatkannya sama dengan dosa minum arak.
- Dua media bahasa Mandarin dilihat cuba mengelirukan masyarakat dalam hukum Islam mengenai lelaki Muslim memakai seluar pendek, menyifatkannya sama dengan dosa minum arak.
- Laporan China Press dan Sin Chew Daily, masing-masing pada 19 dan 20 September lalu, melaporkan kenyataan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus yang dipetik mStar, tentang hukum lelaki Muslim memakai seluar pendek sebagai fasik (individu berterusan melakukan perkara dilarang Islam).
- “Sekali itu (lelaki Muslim memakai seluar pendek) tidak fasik. Tiga kali, jadi fasik. Dosanya seperti meminum arak,” kata Azhar dipetik China Press dan Sin Chew Daily.
- Namun, semakan The Merdeka Times di laporan mStar mendapati terjemahan di media bahasa Mandarin itu adalah tidak tepat.
- Sebaliknya, artikel asal mStar melaporkan Azhar dalam sebuah ceramah agama berkata, “mendedahkan aurat bagi orang lelaki, sekali itu tidak fasik… tiga kali, jadi fasik kalau pakai seluar pendek. Namun dosa besar seperti meminum arak, sekali minum jadi fasik dah”.
KUALA LUMPUR – Dua media bahasa Mandarin dilihat cuba mengelirukan masyarakat dalam hukum Islam mengenai lelaki Muslim memakai seluar pendek, menyifatkannya sama dengan dosa minum arak.
Laporan China Press dan Sin Chew Daily, masing-masing pada 19 dan 20 September lalu, melaporkan kenyataan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus yang dipetik mStar, tentang hukum lelaki Muslim memakai seluar pendek sebagai fasik (individu berterusan melakukan perkara dilarang Islam).
Terjemahan kedua-dua media Cina itu secara mudahnya menyamakan hukum lelaki Muslim memakai seluar pendek sama seperti hukum berdosa minum arak, sekaligus dilihat menyeleweng dan menanamkan Islamofobia dalam kalangan bukan Islam.
“Sekali itu (lelaki Muslim memakai seluar pendek) tidak fasik. Tiga kali, jadi fasik. Dosanya seperti meminum arak,” kata Azhar dipetik China Press dan Sin Chew Daily.
Namun, semakan The Merdeka Times di laporan mStar mendapati terjemahan di media bahasa Mandarin itu adalah tidak tepat.
Sebaliknya, artikel mStar melaporkan Azhar dalam sebuah ceramah agama berkata, “mendedahkan aurat bagi orang lelaki, sekali itu tidak fasik… tiga kali, jadi fasik kalau pakai seluar pendek. Namun dosa besar seperti meminum arak, sekali minum jadi fasik dah”.
Dalam ceramah itu, Azhar diminta menghuraikan hukum aurat bagi lelaki Muslim memakai seluar pendek di mana aurat lelaki menurut Islam adalah antara pusat dan lutut.
Beliau membuat perbandingan bahawa memakai seluar pendek hanya menjadikan seseorang itu berdosa (fasik) apabila seseorang melakukannya sebanyak tiga kali berbanding dengan dosa meminum arak, iaitu sebanyak sekali.
Berita yang turut dikongsikan di Facebook dua media berbahasa Mandarin itu mengundang ejekan dan komen bersifat Islamofobik daripada netizen terhadap hukum Islam.
“Lepas ini kena pakai skirt,” komen seorang netizen.
“Lebih baik jangan keluar rumah,” kata netizen lain.
“Lebih baik duduk dalam gua,” komen netizen. – The Merdeka Times
Sumber: Sin Chew Daily dan China Press