Connect with us

Antarabangsa

Saluran TV di Cameroon dilarang siar adegan homoseksual

Saluran televisyen (TV) di Cameroon tidak dibenarkan menyiarkan rancangan yang mengandungi adegan homoseksual, termasuk di saluran TV asing.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Saluran TV di Cameroon dilarang siar adegan homoseksual
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Saluran televisyen (TV) di Cameroon tidak dibenarkan menyiarkan rancangan yang mengandungi adegan homoseksual, termasuk di saluran TV asing.
  • Mana-mana pihak yang berbuat demikian diberi amaran oleh pegawal selia media negara itu, demikian menurut laporan African News pada Jun lalu.
  • Perkara itu ditetapkan Cameroon yang mempunyai undang-undang yang mengenakan hukuman penjara bagi mereka yang didapati mengamalkan hubungan seks sejenis (homoseksual).
  • Dalam teks edaran media Majlis Komunikasi Kebangsaan (CNC), badan kerajaan negara itu menyuarakan perihal “bertambahnya program promosi amalan homoseksual,” yang “secara umumnya disiarkan editor asing”.
  • CNC memaklumkan bahawa adegan itu semakin meningkat dalam program kartun yang ditujukan kepada kanak-kanak serta golongan bawah umur.
  • Seperti kebanyakan negara Afrika lain, Cameroon menerima banyak saluran asing melalui langganan pakej ditawarkan kumpulan Perancis Canal+, kumpulan Afrika Selatan DStv, serta pengendali swasta kecil lain yang menjual akses saluran asing melalui satelit.

Saluran televisyen (TV) di Cameroon tidak dibenarkan menyiarkan rancangan yang mengandungi adegan homoseksual, termasuk di saluran TV asing.

Mana-mana pihak yang berbuat demikian diberi amaran oleh pegawal selia media negara itu, demikian menurut laporan African News pada Jun lalu.

Perkara itu ditetapkan Cameroon yang mempunyai undang-undang yang mengenakan hukuman penjara bagi mereka yang didapati mengamalkan hubungan seks sejenis (homoseksual).

Dalam teks edaran media Majlis Komunikasi Kebangsaan (CNC), badan kerajaan negara itu menyuarakan perihal “bertambahnya program promosi amalan homoseksual,” yang “secara umumnya disiarkan editor asing”.

CNC memaklumkan bahawa adegan itu semakin meningkat dalam program kartun yang ditujukan kepada kanak-kanak serta golongan bawah umur.

Warta itu menyebut; “CNC menyeru penganjur yang menyiarkan saluran program yang menunjukkan adegan homoseksual di Cameroon (…) untuk segera menarik balik program, yang melanggar undang-undang, moral dan adat resam negara kita, atas kesakitan (…) (atau tindakan) terus penggantungan media yang berbuat demikian”.

CNC secara khususnya tidak menamakan mana-mana media tetapi seorang pegawai majlis yang mahu identitinya disembunyikan memberitahu, perkara itu bukan satu persoalan lagi kerana program berkaitan, adalah tidak terkira jika hendak dinamakan semuanya.

Seperti kebanyakan negara Afrika lain, Cameroon menerima banyak saluran asing melalui langganan pakej ditawarkan kumpulan Perancis Canal+, kumpulan Afrika Selatan DStv, serta pengendali swasta kecil lain yang menjual akses saluran asing melalui satelit.

Kesalahan hubungan seksual sesama jantina di Cameroon juga diketahui ramai, membolehkan seseorang individu itu dihukum penjara antara enam bulan sehingga lima tahun.

Sumber: Africanews

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *