Antarabangsa
Pemimpin dunia meterai MoU Koridor Ekonomi India-Asia Barat-Eropah
Pemimpin global mengumumkan perjanjian multinasional membabitkan perkhidmatan kereta api dan pelabuhan yang akan menghubungkan Asia Barat, Asia Selatan serta Eropah, pada acara sampingan Sidang Kemuncak G20 di New Delhi, India, pada Sabtu.

- Pemimpin global mengumumkan perjanjian multinasional membabitkan perkhidmatan kereta api dan pelabuhan yang akan menghubungkan Asia Barat, Asia Selatan serta Eropah, pada acara sampingan Sidang Kemuncak G20 di New Delhi, India, pada Sabtu.
- Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, berkata kerjasama itu sangat penting kerana bakal menghubungkan pelabuhan merentasi benua, sekali gus mendorong ke arah Asia Barat yang lebih stabil, makmur dan bersepadu.
- Perdana Menteri India, Narendra Modi pula menyifatkannya sebagai inisiatif kesalinghubungan yang besar dan bakal membolehkan generasi masa depan untuk melakar impian lebih besar.
- Timbalan Penasihat Keselamatan Nasional AS, Jon Finer berkata, perjanjian itu akan memberi manfaat kepada negara berpendapatan rendah dan sederhana di rantau terbabit.
- “Ia juga akan membolehkan Asia Barat memainkan peranan kritikal dalam perdagangan global,” katanya kepada pemberita pada sidang kemuncak itu.
NEW DELHI: Pemimpin global mengumumkan perjanjian multinasional membabitkan perkhidmatan kereta api dan pelabuhan yang akan menghubungkan Asia Barat, Asia Selatan serta Eropah, pada acara sampingan Sidang Kemuncak G20 di New Delhi, India, pada Sabtu.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, berkata kerjasama itu sangat penting kerana bakal menghubungkan pelabuhan merentasi benua, sekali gus mendorong ke arah Asia Barat yang lebih stabil, makmur dan bersepadu.
Malah, beliau berkata, ia akan membuka ‘peluang tidak berkesudahan’ untuk tenaga dan elektrik bersih, selain penyediaan kabel bagi menghubungkan komuniti.
Perdana Menteri India, Narendra Modi pula menyifatkannya sebagai inisiatif kesalinghubungan yang besar dan bakal membolehkan generasi masa depan untuk melakar impian lebih besar.
Timbalan Penasihat Keselamatan Nasional AS, Jon Finer berkata, perjanjian itu akan memberi manfaat kepada negara berpendapatan rendah dan sederhana di rantau terbabit.
“Ia juga akan membolehkan Asia Barat memainkan peranan kritikal dalam perdagangan global,” katanya kepada pemberita pada sidang kemuncak itu.
Dalam pada itu, pegawai AS memaklumkan bahawa antara sasaran kerjasama terbabit ialah menghubungkan negara-negara Asia Barat menerusi perkhidmatan kereta api, serta menghubungkan mereka dengan India melalui pelabuhan.
Menurut pegawai, ia juga akan membantu dari segi aliran tenaga serta perdagangan dari Teluk Arab ke Eropah dengan menjimatkan penggunaan masa, kos dan bahan air.
Memorandum Persefahaman (MoU) Koridor Ekonomi India-Asia Barat-Eropah (IMEC) berkenaan ditandatangani oleh Kesatuan Eropah, India, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, AS serta negara rakan G20 yang lain.
Menurut MoU itu, IMEC digambarkan sebagai mempunyai dua koridor berasingan, iaitu koridor timur menghubungkan India dengan Teluk Arab, serta koridor utara yang menghubungkan Teluk Arab dengan Eropah.
Di sepanjang laluan perkhidmatan kereta api pula, peserta MoU itu merancang untuk membina kabel tenaga dan talian data, selain saluran paip hidrogen daripada tenaga boleh diperbaharui bagi kegunaan penjanaan kuasa.
Sumber: Utusan Malaysia
Antarabangsa
Mahkamah EU putuskan pejabat kerajaan boleh haramkan pemakaian simbol agama termasuk tudung
Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan bahawa pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.

- Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.
- “Peraturan sedemikian boleh dikenakan untuk mewujudkan persekitaran pentadbiran yang neutral sepenuhnya,” kata mahkamah.
- Penghakiman itu diperoleh daripada kes dikemukakan seorang kakitangan di pejabat kerajaan tempatan Belgium.
- Kakitangan itu mencabar larangan memakai tudung dikenakan terhadapnya kerana menyifatkan ia melanggar kebebasan beragama dan berasa didiskriminasi.
- Mahkamah berpangkalan di Luxembourg berkata, larangan sebarang tanda yang mendedahkan kepercayaan falsafah atau agama tidak mendiskriminasi jika ia diguna secara umum dan sembarangan kepada semua kakitangan pentadbiran itu.
Brussels: Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan bahawa pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.
“Peraturan sedemikian boleh dikenakan untuk mewujudkan persekitaran pentadbiran yang neutral sepenuhnya,” kata mahkamah.
Penghakiman itu diperoleh daripada kes yang dikemukakan oleh seorang kakitangan di pejabat kerajaan tempatan Belgium.
Kakitangan itu mencabar larangan memakai tudung dikenakan terhadapnya kerana menyifatkan ia melanggar kebebasan beragama dan berasa didiskriminasi.
Mahkamah yang berpangkalan di Luxembourg itu berkata, larangan sebarang tanda yang mendedahkan kepercayaan falsafah atau agama tidak mendiskriminasi jika ia digunakan secara umum dan sembarangan kepada semua kakitangan pentadbiran itu.
Lagipun, ia terhad kepada perkara yang sangat diperlukan.
Keputusan yang sah untuk pejabat sektor awam di seluruh EU menyokong penghakiman mahkamah EU sebelumnya yang mendapati larangan sedemikian sah di tempat kerja sektor swasta.
Ia berkata, mahkamah negara harus memutuskan kebolehgunaan larangan itu.
Pejabat awam juga boleh mempunyai dasar mengehadkan larangan itu kepada pekerja yang berhadapan dengan orang ramai, atau memutuskan untuk membenarkan pemakaian tanda agama atau falsafah kepercayaan boleh dilihat.
“Setiap negara anggota, dan mana-mana badan infra-negeri dalam rangka kerja kecekapannya, mempunyai margin budi bicara dalam mereka bentuk neutraliti perkhidmatan awam yang ingin dipromosikan di tempat kerja, bergantung pada konteksnya sendiri.
“Bagaimanapun, objektif itu mesti diteruskan dengan cara yang konsisten dan sistematik.
“Langkah yang diambil untuk mencapainya mesti dihadkan kepada apa yang sangat diperlukan,” katanya.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini3 days ago
Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan
-
Terkini2 days ago
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
-
Terkini3 days ago
Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
-
Antarabangsa2 days ago
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular