Terkini
Parlimen Switzerland haramkan Burqa
Parlimen Switzerland meluluskan larangan menutup wajah dalam sebuah keputusan perundangan yang jelas menyasarkan wanita Islam pemakai burqa dan niqab.
- Parlimen Switzerland meluluskan larangan menutup wajah dalam sebuah keputusan perundangan yang jelas menyasarkan wanita Islam pemakai burqa dan niqab.
- Dewan parlimen rendah Switzerland mengundi dengan keputusan jelas menyokong rang undang-undang itu pada Rabu lalu dengan 151 undi menyokong dan 29 undi menentang.
- Terdahulu, dewan atasan parlimen meluluskan larangan itu dengan sokongan kuat parti berhaluan kanan, Parti Rakyat Swiss.
- Usul itu menetapkan larangan menutup hidung, mulut dan mata di kawasan awam dan bangunan persendirian yang boleh diakses orang awam.
- Larangan itu kini ditetapkan sebagai undang-undang persekutuan dan mereka yang melanggarnya akan didenda 1,000 franc Swiss (RM 5,160).
Parlimen Switzerland meluluskan larangan menutup wajah dalam sebuah keputusan perundangan yang jelas menyasarkan wanita Islam pemakai burqa dan niqab.
Dewan parlimen rendah Switzerland mengundi dengan keputusan jelas menyokong rang undang-undang itu pada Rabu lalu dengan 151 undi menyokong dan 29 undi menentang.
Terdahulu, dewan atasan parlimen meluluskan larangan itu dengan sokongan kuat parti berhaluan kanan, Parti Rakyat Swiss.
Usul itu menetapkan larangan menutup hidung, mulut dan mata di kawasan awam dan bangunan persendirian yang boleh diakses orang awam.
Larangan itu kini ditetapkan sebagai undang-undang persekutuan dan mereka yang melanggarnya akan didenda 1,000 franc Swiss (RM 5,160).
Undang-undang baharu itu mempunyai beberapa pengecualian, termasuk berkaitan adat orang asli, urusan keagamaan, persembahan teater dan penutupan muka atas sebab kesihatan dan iklim.
Tindakan itu meletakkan Switzerland sebaris dengan beberapa negara Eropah lain yang mengharamkan burqa dalam beberapa bentuk tertentu, termasuk Perancis, Belgium, Bulgaria, Austria, Denmark dan Belanda, lapor Middle East Eye.
Dalam usul lain pada 2009 yang fokusnya kepada masyarakat Muslim, Switzerland melarang pembinaan menara masjid baru dan menara tradisional yang dibina untuk melaungkan azan, selepas kempen diketuai kumpulan parti sayap kanan.
Satu kajian pada 2021 oleh Universiti Lucerne pula menunjukkan bilangan wanita di Switzerland yang memakai niqab adalah di antara 21 hingga ke 37 orang dan tiada penemuan wanita yang memakai burqa langsung.
Umat Islam membentuk kira-kira lima peratus daripada 8.6 juta penduduk Switzerland, iaitu sekitar 390,000 orang, yang kebanyakannya berasal dari Turkiye, Bosnia dan Kosovo.
Sumber: Middle East Eye