Connect with us

Terkini

NGO Islam desak tindakan tegas ke atas pihak provokasi, nafi kesucian hadis panduan umat Islam

Persatuan Madrasah Tahfiz Al Quran Malaysia (PERMATA AL QURAN) mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang mengeluarkan kenyataan berunsur provokasi dan hasutan dengan menafikan kesucian hadis sebagai panduan umat Islam. 

faizah21

Published

on

NGO Islam desak tindakan tegas ke atas pihak provokasi, nafi kesucian hadis panduan umat Islam
Foto: Dari kiri, Pengerusi PEMATAP, Dato Haji Mohd Azlan, Presiden PERMATA Al-Quran Malaysia, Ustaz Manolito Mohd Dahlan, & AMP PERMATA Al-Quran Malaysia, Ustazah Hasna Ab Samad.
  • Persatuan Madrasah Tahfiz Al Quran Malaysia (PERMATA AL QURAN) mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang mengeluarkan kenyataan berunsur provokasi dan hasutan dengan menafikan kesucian hadis sebagai panduan umat Islam. 
  • Presiden PERMATA AL QURAN, Manolito Mohd Dahlan dan Pengerusi Persatuan Madrasah Tahfiz Al Quran Negeri Perak (PEMATAP), Datuk Mohd Azlan Shuhaimi hari ini membuat laporan polis di Kontinjen Polis Taiping, Perak, terhadap Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy. 
  • Mereka menyifatkan kenyataan Arun Dorasamy, yang dilaporkan media pada Isnin lalu,  mendakwa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan lima hadis, termasuk hadis kelapan, daripada modul asal Hadis 40 Imam Nawawi, sebagai perbuatan biadap. 
  • “Provokasi kumpulan dan NGO bukan Islam iaitu diketuai oleh Arun Dorasamy, Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia dan Persatuan Hindu Sangam Malaysia (MHS) yang telah campur tangan dalam urusan agama Islam dengan membuat kenyataan mencabar pengajaran Hadis 40 oleh KPM seolah-olah mereka mahu menentukan hadis mana yang boleh diajarkan dan hadis mana yang tidak boleh diajarkan kepada anak-anak orang Islam di sekolah-sekolah arus perdana. 
  • “Perbuatan cross border dan provokasi sebegini akan mengundang ketidakharmonian hidup masyarakat terutama bila prinsip ajaran Islam dicabar dan mahu dinafikan pelaksanaannya,” kata Manolito dalam kenyataan media kepada The Merdeka Times (TMT) di sini hari ini. 
  • Beliau merujuk laporan TMT 4 September lalu yang memetik hantaran Arun Dorasamy di akaun Facebooknya pada Ahad; “MHS Briefed me that 5 hadith including hadith 8 bè removed from original 40 hadith by KPM that deemed not inline with unity , Thank you! (MHS memberitahu saya, 5 Hadis (termasuk Hadis 8) dikeluarkan daripada hadis 40 asal oleh KPM yang di anggap tidak selari dengan perpaduan. Terima kasih”.

KUALA LUMPUR – Persatuan Madrasah Tahfiz Al Quran Malaysia (PERMATA AL QURAN) mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang mengeluarkan kenyataan berunsur provokasi dan hasutan dengan menafikan kesucian hadis sebagai panduan umat Islam. 

Presiden PERMATA AL QURAN, Manolito Mohd Dahlan dan Pengerusi Persatuan Madrasah Tahfiz Al Quran Negeri Perak (PEMATAP), Datuk Mohd Azlan Shuhaimi hari ini membuat laporan polis di Kontinjen Polis Taiping, Perak, terhadap Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy. 

 

Foto: Kenyataan Akhbar PERMATA Al-Quran Malaysia.

Mereka menyifatkan kenyataan Arun Dorasamy, yang dilaporkan media pada Isnin lalu,  mendakwa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan lima hadis, termasuk hadis kelapan, daripada modul asal Hadis 40 Imam Nawawi, sebagai perbuatan biadap. 

“Provokasi kumpulan dan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) bukan Islam iaitu diketuai oleh Arun Dorasamy, Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia dan Persatuan Hindu Sangam Malaysia (MHS) yang telah campur tangan dalam urusan agama Islam dengan membuat kenyataan mencabar pengajaran Hadis 40 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia seolah-olah mereka mahu menentukan hadis mana yang boleh diajarkan dan hadis mana yang tidak boleh diajarkan kepada anak-anak orang Islam di sekolah-sekolah arus perdana. 

“Perbuatan cross border dan provokasi sebegini akan mengundang ketidakharmonian hidup masyarakat terutama bila prinsip ajaran Islam dicabar dan mahu dinafikan pelaksanaannya,” kata Manolito dalam kenyataan media kepada The Merdeka Times (TMT) di sini hari ini. 

Beliau merujuk laporan TMT 4 September lalu yang memetik hantaran Arun Dorasamy di akaun Facebooknya pada Ahad; “MHS Briefed me that 5 hadith including hadith 8 bè removed from original 40 hadith by KPM that deemed not inline with unity , Thank you! (MHS memberitahu saya, 5 Hadis (termasuk Hadis 8) dikeluarkan daripada hadis 40 asal oleh KPM yang di anggap tidak selari dengan perpaduan. Terima kasih”.

Hadis kelapan dimaksudkan itu adalah hadis perintah Allah SWT kepada Rasulullah SAW untuk memerangi manusia yang belum bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad utusan Allah hinggalah mereka menerima Islam, mendirikan solat dan membayar zakat.

Mengulas lanjut, Manolito berkata kenyataan itu adalah perbuatan campur tangan orang bukan Islam dalam urusan Islam selain penghinaan kepada agama Islam apabila Arun seolah-olah menuduh hadis tertentu tidak layak menjadi sukatan pendidikan Islam. 

Manolito menegaskan kenyataan Arun boleh disifatkan sebagai kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 (Akta 15) kerana boleh menimbulkan konflik kaum, agama dan mengganggu ketenteraman awam. 

“Kenyataan ini juga termasuk perbuatan pelanggaran 3R (Religion, Race & Royalty) yang telah diberikan amaran oleh kerajaan untuk tidak di api-api kan,” katanya.

PERMATA AL QURAN dan PEMATAP juga menyokong penuh inisiatif KPM dan memohon agar kementerian itu tidak tunduk kepada pihak cuba menggugat cadangan pelaksanaan modul hadis 40 di sekolah seluruh negara untuk pelajar Islam. – The Merdeka Times

Sumber: Kenyataan Akhbar Pengerusi PERMATA AL QURAN MALAYSIA 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah serang balas “100 roket Katyusha” ke Israel

Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.

Wartawan TMT

Published

on

Hizbullah serang balas “100 roket Katyusha” ke Israel
Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.
  • “Sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap serangan dan pembunuhan musuh” di bandar pantai selatan Tyre, Hizbullah menyerang dua kedudukan Israel di Dataran Tinggi Golan “dengan 100 roket Katyusha,” demikian menurut kenyataan kumpulan itu.
  • Awal hari ini, Hizbullah mengumumkan pembunuhan seorang komander kanannya pada Rabu dalam serangan Israel ke atas sebuah kenderaan di selatan Lubnan.

Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.

“Sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap serangan dan pembunuhan musuh” di bandar pantai selatan Tyre, Hizbullah menyerang dua kedudukan Israel di Dataran Tinggi Golan “dengan 100 roket Katyusha,” demikian menurut kenyataan kumpulan itu.

Roya News melaporkan Hizbullah mengumumkan pembunuhan seorang komander kanannya pada Rabu dalam serangan Israel ke atas sebuah kenderaan di selatan Lubnan.

“Seorang komander Hizbullah yang bertanggungjawab terhadap salah satu daripada tiga sektor di selatan Lubnan terbunuh” dalam “serangan Israel ke atas sebuah kereta di Tyre”, kata sumber kepada Agence France-Presse (AFP).

Komander terbunuh ialah Mohamed Naim Nasser, 59 tahun, ketua unit Aziz Hizbullah yang mengawal salah satu daripada tiga bahagian wilayah selatan Lubnan.

Unit itu bertanggungjawab terhadap daerah timur di sempadan Lubnan dan Israel. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending