Terkini
KPT nafi larang IPTA ikuti program Kerajaan Negeri Kedah – Khaled Nordin
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menafikan dakwaan mengarahkan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) merangkumi universiti, politeknik dan kolej komuniti di Kedah supaya tidak mengikuti mana-mana program anjuran Kerajaan Negeri Kedah.

- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menafikan dakwaan mengarahkan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) merangkumi universiti, politeknik dan kolej komuniti di Kedah supaya tidak mengikuti mana-mana program anjuran Kerajaan Negeri Kedah.
- Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sekiranya kerajaan Negeri membuat jemputan dengan tujuan yang jelas, maka perkara itu tidak seharusnya menjadi masalah.
- Khaled berkata sekiranya jemputan dibuat hanya untuk meramaikan pelajar dalam program terbabit, maka ia tidak dibolehkan kerana akan mengganggu urusan pendidikan.
- “Tapi kalau merasakan kita ini Kerajaan Negeri, kita EXCO (Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri) kita panggil, maka tidak bolehlah. Kalau panggil pelajar untuk meramaikan program itu pun tak boleh lah kerana akan mengganggu urusan kita untuk memberi didikan ilmu kepada anak-anak kita,” kata Khaled di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.
- Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Alor Setar daripada Perikatan Nasional, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang menuntut penjelasan dakwaan ada IPTA di Kedah diarah untuk tidak mengikuti mesyuarat dan perbincangan bersama EXCO Pengajian Tinggi di peringkat negeri itu.
KUALA LUMPUR — Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menafikan dakwaan mengarahkan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) merangkumi universiti, politeknik dan kolej komuniti di Kedah supaya tidak mengikuti mana-mana program anjuran Kerajaan Negeri Kedah.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sekiranya kerajaan Negeri membuat jemputan dengan tujuan yang jelas, maka perkara itu tidak seharusnya menjadi masalah.
Katanya, sekiranya jemputan dibuat hanya untuk meramaikan pelajar dalam program terbabit, maka ia tidak dibolehkan kerana akan mengganggu urusan pendidikan.
“Pertama tiada arahan sedemikian.. tetapi yang kedua saya nak tanya kalau setiap universiti IPTA mereka ada autonomi, kalau Kerajaan Negeri nak jemput tujuan dia jelas tiada masalah tapi kalau mungkin terbawa-bawa dulu pernah jadi Naib Canselor jadi itu tak berapa betullah.
“Jadi untuk tujuan apa? Kalau datang nak bagi duit kepada universiti untuk buat program tiada masalah.
“Tapi kalau merasakan kita ini Kerajaan Negeri, kita EXCO (Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri) kita panggil, maka tidak bolehlah. Kalau panggil pelajar untuk meramaikan program itu pun tak boleh lah kerana akan mengganggu urusan kita untuk memberi didikan ilmu kepada anak-anak kita,” kata Khaled di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.
Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Alor Setar daripada Perikatan Nasional, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang menuntut penjelasan dakwaan ada IPTA di Kedah diarah untuk tidak mengikuti mesyuarat dan perbincangan bersama EXCO Pengajian Tinggi di peringkat negeri itu.
Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berharap penjelasannya itu cukup jelas untuk semua pihak.
Terdahulu, The Merdeka Times melaporkan EXCO Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi; Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah mendakwa KPT melarang IPTA di Kedah bekerjasama atau membenarkan pelajar IPTA daripada terbabit mengikuti mana-mana program anjuran Kerajaan Negeri Kedah.
Haim Hilman, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra dan bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) menyifatkan tindakan itu sebagai merugikan dan malang buat generasi muda di negeri itu, sekiranya dakwaan terbabit adalah benar. — The Merdeka Times
Sumber : Youtube Parlimen Malaysia
