Antarabangsa
Kanada keluarkan nasihat perjalanan ke AS bagi golongan LGBTQ+
Kerajaan Kanada memberi amaran perjalanan kepada individu LGBTQ+ yang hendak melancong ke Amerika Syarikat (AS) berikutan undang-undang anti golongan itu yang diluluskan di negeri-negeri AS.

- Kerajaan Kanada memberi amaran perjalanan kepada individu LGBTQ+ yang hendak melancong ke Amerika Syarikat (AS) berikutan undang-undang anti golongan itu yang diluluskan di negeri-negeri AS.
- Menurut kenyataan di laman web kerajaan, beberapa negeri meluluskan undang-undang dan dasar yang mungkin akan memberi kesan kepada golongan 2SLGBTQI+.
- Walaupun tidak ada negeri AS atau undang-undang terbabit dinyatakan secara khusus, namun berita itu diuar-uarkan selepas undang-undang diskriminasi diluluskan di negeri-negeri dikuasai parti Republikan.
- Perkara itu termasuk undang-undang yang dikenali sebagai “don’t say gay” di Florida, larangan terhadap persembahan drag, mengehadkan komuniti bagi mendapatkan penjagaan pertukaran jantina, penyertaan transgender dalam sukan dan penggunaan tandas di negeri seperti Kentucky, Texas dan Tennessee.
Kerajaan Kanada memberi amaran perjalanan kepada individu LGBTQ+ yang hendak melancong ke Amerika Syarikat (AS) berikutan undang-undang anti golongan itu yang diluluskan di negeri-negeri AS.
Menurut kenyataan di laman web kerajaan, beberapa negeri meluluskan undang-undang dan dasar yang mungkin akan memberi kesan kepada golongan 2SLGBTQI+.
Walaupun tidak ada negeri AS atau undang-undang terbabit dinyatakan secara khusus, namun berita itu diuar-uarkan selepas undang-undang diskriminasi diluluskan di negeri-negeri dikuasai parti Republikan.
Perkara itu termasuk undang-undang yang dikenali sebagai “don’t say gay” di Florida, larangan terhadap persembahan drag, mengehadkan komuniti bagi mendapatkan penjagaan pertukaran jantina, penyertaan transgender dalam sukan dan penggunaan tandas di negeri seperti Kentucky, Texas dan Tennessee.
“Sejak permulaan 2023, beberapa negeri di AS meluluskan undang-undang yang melarang persembahan drag, mengehadkan komuniti transgender daripada mendapatkan penjagaan pertukaran jantina dan penyertaan dalam acara sukan,” kata Jabatan Hal Ehwal Global Kerajaan Kanada dalam satu kenyataan kepada CNN dipetik The Guardian.
Kanada menyediakan panduan khusus berkenaan komuniti LGBTQ+ yang melancong ke luar negara iaitu perlu memerhatikan samada negara tersebut menjenayahkan individu yang mengamalkan hubungan sejenis berdasarkan orientasi seksual, identiti, ekspresi dan ciri seks mereka.
“Sesetengah negara mungkin menggunakan undang-undang yang berkaitan dengan ‘gelandangan’, ‘gangguan awam’ atau ‘moral’ untuk menjadikan golongan 2SLGBTQI+ sebagai penjenayah,” kata Kerajaan Kanada.
“Kami secara rasmi mengisytiharkan keadaan darurat bagi komuniti LGBTQ+ di Amerika Syarikat untuk pertama kalinya selepas peningkatan yang luar biasa terhadap undang-undang anti-LGBTQ+ yang sedang melanda dewan negeri pada tahun ini,” menurut kenyataan laman web Human Rights Campaign (HRC).
Sumber: The Guardian
Antarabangsa
AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel
Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

- Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
- Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
- Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.
Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.
Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.
Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas