Antarabangsa
Indonesia akan import lebih banyak beras akibat El Nino, rizab
Kerajaan Indonesia merancang untuk mengimport lebih banyak beras walaupun stok komoditi semasa di negara itu berjumlah dua juta tan, lebih tinggi daripada biasa iaitu 1.2 juta tan, kata Presiden Joko Widodo (Jokowi).
- Kerajaan Indonesia merancang mengimport lebih banyak beras, stok komoditi semasa di negara itu berjumlah dua juta tan, lebih tinggi daripada biasa iaitu 1.2 juta tan, kata Presiden Joko Widodo (Jokowi).
- “Stok kami sudah banyak, tetapi kami masih meneroka pilihan untuk sumber tambahan, bukan sahaja untuk masa kini tetapi juga untuk perancangan tahun depan,” katanya selepas meninjau gudang kerajaan di Jawa Barat dan Jakarta.
- Jokowi membincangkan import beras dengan beberapa pemimpin dunia, termasuk Perdana Menteri Kemboja Hun Manet, Presiden Bangladesh Mohammed Shahabuddin, Perdana Menteri India Narendra Modi, dan Perdana Menteri China Li Qiang.
JAKARTA – Kerajaan Indonesia merancang untuk mengimport lebih banyak beras walaupun stok komoditi semasa di negara itu berjumlah dua juta tan, lebih tinggi daripada biasa iaitu 1.2 juta tan, kata Presiden Joko Widodo (Jokowi).
Beliau berkata usaha mengimport beras terus dilakukan bagi menangani kenaikan harga yang dialami hampir semua negara akibat El Nino selain memenuhi keperluan rizab beras negara.
“Stok kami sudah banyak, tetapi kami masih meneroka pilihan untuk sumber tambahan, bukan sahaja untuk masa kini tetapi juga untuk perancangan tahun depan,” katanya selepas meninjau gudang kerajaan di Jawa Barat dan Jakarta.
Jokowi telah membincangkan import beras dengan beberapa pemimpin dunia, termasuk Perdana Menteri Kemboja Hun Manet, Presiden Bangladesh Mohammed Shahabuddin, Perdana Menteri India Narendra Modi, dan Perdana Menteri China Li Qiang.
Beliau berkata rundingan lanjut akan dijalankan oleh agensi perolehan makanan negara, Bulog, untuk menentukan sama ada urus niaga itu akan berlaku.
Stok beras di gudang Bulog kini berjumlah 1.6 juta tan, dengan tambahan 400,000 tan dalam transit, menjadikan jumlah stok kepada dua juta tan. — BERNAMA
Sumber: Bernama