Connect with us

Terkini

FAMA sedia bantu kerajaan pasarkan beras

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bersedia membantu memasarkan beras di pusat operasi milik agensi berkenaan bagi memastikan tidak berlaku masalah kekurangan bekalan makanan ruji tersebut di pasaran.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

FAMA sedia bantu kerajaan pasarkan beras
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bersedia membantu memasarkan beras di pusat operasi milik agensi berkenaan bagi memastikan tidak berlaku masalah kekurangan bekalan makanan ruji tersebut di pasaran.
  • Ketua Pengarah FAMA, Abdul Rashid Bahri berkata, pihaknya kini hanya menunggu arahan selanjutnya berhubung perkara itu daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPTM) yang dijangka mengadakan perbincangan dengan Syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) dan pengeluar padi esok.
  • “FAMA bersedia membantu kerajaan untuk memastikan bekalan beras ada di pasaran dengan menyediakan ruang pasaran di pusat operasi, outlet-outlet FAMA, pasar tani dan sebagainya.
  • “Kita akan membantu pasarkan beras di tempat-tempat yang ada kekurangan beras, bukan kita jual beras di pasar raya,” katanya.

GEORGE TOWN: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bersedia membantu memasarkan beras di pusat operasi milik agensi berkenaan bagi memastikan tidak berlaku masalah kekurangan bekalan makanan ruji tersebut di pasaran.

Ketua Pengarah FAMA, Abdul Rashid Bahri berkata, pihaknya kini hanya menunggu arahan selanjutnya berhubung perkara itu daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPTM) yang dijangka mengadakan perbincangan dengan Syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) dan pengeluar padi esok.

“FAMA bersedia membantu kerajaan untuk memastikan bekalan beras ada di pasaran dengan menyediakan ruang pasaran di pusat operasi, outlet-outlet FAMA, pasar tani dan sebagainya.

“Kita akan membantu pasarkan beras di tempat-tempat yang ada kekurangan beras, bukan kita jual beras di pasar raya,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran portal Agrobazar Online (ABO 3.0) dan sesi menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara FAMA bersama Razer Merchant Services Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Pada 2 September lalu, pengilang padi dan pemborong beras negara dilaporkan diminta untuk meningkatkan bekalan BPT sebanyak 20 peratus menerusi Program Khas Beras Putih Tempatan, sebagai langkah intervensi memulihkan bekalan itu di pasaran.

Menurut Abdul Rashid, FAMA berpengalaman membantu kerajaan mengatasi masalah kekurangan telur tahun lalu dengan menyediakan ruang pasaran serta memasarkan telur di kawasan yang berlaku kekurangan bahan makanan itu.

”Kita telah diminta membantu kerajaan (pasarkan beras) berdasarkan pengalaman FAMA sebelum ini yang telah mengedarkan telur ketika berlaku kekurangan telur di pasaran.

”Sebagai contoh di Pantai Timur pada masa itu ada kekurangan telur kerana pengeluaran telur di kawasan Pantai Barat. Dengan semangat yang sama juga FAMA akan bantu kerajaan bagi atasi isu berkaitan bekalan beras ini,” katanya.

Sementara itu, katanya, portal Agrobazaar Online (ABO) yang merupakan platform e-dagang pemasaran maya produk pertanian dan agromakanan yang diuruskan sepenuhnya FAMA berjaya mengumpul transaksi jualan sebanyak RM12 juta sejak portal itu didaftarkan dari 2014 hingga Ogos tahun ini.

Katanya, seramai seramai 8,703 usahawan dan 26,854 unit simpanan stok produk telah didaftarkan di ABO sepanjang tempoh sama.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *