Antarabangsa
Empangan tidak diselenggara dengan baik punca tragedi banjir Libya
Angka korban tragedi banjir buruk akibat dua empangan pecah di Derna melonjak hampir sekali ganda kepada lebih 11,300 orang berbanding 6,000 orang yang dicatatkan petang semalam.

- Angka korban tragedi banjir buruk akibat dua empangan pecah di Derna melonjak hampir sekali ganda kepada lebih 11,300 orang berbanding 6,000 orang dicatatkan petang semalam.
- Jumlah itu disahkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Libya.
- Pakar dipetik media Al Jazeera berpendapat faktor rasuah dan kurang penyelenggaraan infrastruktur awam serta pergolakan politik berterusan antara punca negara itu tidak bersedia untuk bencana buruk melanda.
- Timbalan Datuk Bandar Derna berkata, empangan terbabit tidak diselenggara sepenuhnya sejak tahun 2002.
- Laporan penyelidikan dilakukan oleh pihak Universiti Omar Al-Mukhtar tahun lalu menunjukkan keperluan mendesak bagi kerja-kerja penyelenggaraan di empangan terbabit bagi mengelak banjir besar berlaku.
- Ahad lalu limpahan hujan dibawa oleh Taufan Daniel menyebabkan dua empangan di Derna itu pecah membanjiri bandar dengan populasi 100,000 penduduk.
LIBYA : Angka korban tragedi banjir buruk akibat dua empangan pecah di Derna melonjak hampir sekali ganda kepada lebih 11,300 orang berbanding 6,000 orang yang dicatatkan petang semalam.
Jumlah itu disahkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Libya.
Pakar yang dipetik media Al Jazeera berpendapat faktor rasuah dan kurang penyelenggaraan infrastruktur awam serta pergolakan politik yang berterusan antara punca negara itu tidak bersedia untuk bencana buruk yang melanda.
Tiada peruntukan bagi pembangunan bagi tempoh tiga tahun lalu serta projek jangka masa panjang.
Timbalan Datuk Bandar Derna dalam pada itu dilaporkan berkata, empangan terbabit tidak diselenggara sepenuhnya sejak tahun 2002.
Juga terdapat laporan penyelidikan yang dilakukan oleh pihak Universiti Omar Al-Mukhtar tahun lalu yang menunjukkan keperluan mendesak bagi kerja-kerja penyelenggaraan di empangan terbabit bagi mengelak banjir besar berlaku.
Namun tiada sebarang tindakan dilakukan oleh pihak berwajib.
Ahad lalu limpahan hujan yang dibawa oleh Taufan Daniel menyebabkan dua empangan di Derna itu pecah membanjiri bandar dengan populasi 100,000 penduduk.
Angka korban dijangka mencecah 20,000 orang dengan ribuan lagi masih hilang.
Sumber: Buletin TV3
