Connect with us

Antarabangsa

Biden gesa rakyatnya hormat tragedi 9/11, tolak perpecahan

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menggesa rakyatnya jangan terpengaruh dengan ‘politik beracun, percanggahan dan perpecahan’, dalam usahanya menyemarakkan kembali perpaduan selepas serangan maut 11 September, 22 tahun lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Biden gesa rakyatnya hormat tragedi 9/11, tolak perpecahan
Foto: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.
  • Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden ggesa rakyatnya jangan terpengaruh ‘politik beracun, percanggahan dan perpecahan’, dalam usahanya menyemarakkan kembali perpaduan selepas serangan maut 11 September, 22 tahun lalu.
  • “Tidak sepatutnya kita menggunakan tragedi pada 2001 ini untuk mengingatkan mengenai kuasa yang menyatukan negara, tetapi itulah cara sebenar menghormati mereka yang tewas pada 9/11,” katanya dihadapan kira-kira 1,000 anggota tentera AS di Pangkalan Elmendorf-Richardson di Alaska.
  • Biden bersama isterinya, Jill; Naib Presiden, Kamala Harris dan suaminya, Doug Emhoff, serta komander tentera AS menyertai beberapa acara berasingan bagi mengingati mereka yang terkorban dalam serangan 11 September dan perang di Afghanistan yang berlaku.
  • Pada 11 September 2001, tiga pesawat awam yang dirampas melanggar menara berkembar Pusat Dagangan Dunia New York dan Pentagon sehingga membunuh hampir 3,000 orang.

ANCHORAGE: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menggesa rakyatnya jangan terpengaruh dengan ‘politik beracun, percanggahan dan perpecahan’, dalam usahanya menyemarakkan kembali perpaduan selepas serangan maut 11 September, 22 tahun lalu.

“Tidak sepatutnya kita menggunakan tragedi pada 2001 ini untuk mengingatkan mengenai kuasa yang menyatukan negara, tetapi itulah cara sebenar menghormati mereka yang tewas pada 9/11,” katanya dihadapan kira-kira 1,000 anggota tentera AS di Pangkalan Elmendorf-Richardson di Alaska.

Biden bersama isterinya, Jill; Naib Presiden, Kamala Harris dan suaminya, Doug Emhoff, serta komander tentera AS menyertai beberapa acara berasingan bagi mengingati mereka yang terkorban dalam serangan 11 September dan perang di Afghanistan yang berlaku.

Pada 11 September 2001, tiga pesawat awam yang dirampas melanggar menara berkembar Pusat Dagangan Dunia New York dan Pentagon sehingga membunuh hampir 3,000 orang.

Pesawat keempat terhempas di sebuah padang di Pennsylvania selepas penumpang berjaya menumpaskan perampas.

Biden menghadiri acara di Alaska kerana beliau dalam perjalanan pulang dari perjalanan lima hari ke India dan Vietnam.

Keputusannya untuk mengadakan acara itu di Alaska dan bukannya Washington atau New York, adalah berlainan daripada amalan biasa presiden terdahulu. 

Dengan 14 bulan lagi sebelum pilihan raya presiden 2024, kenyataannya turut diselit mesej politik.

Biden mengecam ‘peningkatan kebencian, ekstremisme dan keganasan politik’ di AS dan terdapat bukti pengaruh itu sedang meningkat ketika negara terbabit bergelut dengan peningkatan keganasan politik secara berterusan sejak 1970-an. 

Harris dan pegawai lain pula menyertai keluarga mangsa tragedi di Memorial 9/11 di New York, yang menempatkan monumen bangunan yang runtuh. 

“Sudah 22 tahun dan ini saya masih merasakan bagai ia baru berlaku semalam,” kata Sybil Ramsaran, yang anak perempuannya, Sarah, maut dalam serangan itu.

Turut hadir pada acara di New York ialah Gabenor Florida, Ron DeSantis, yang juga calon presiden mewakili parti Republikan bagi pemilihan 2024.

Donald Trump, calon Republikan terkemuka bagi persaingan berkenaan, turut mengeluarkan video dengan berikrar ‘kami tidak pernah melupakan’ mangsa 9/11.

Serangan yang berlaku itu mendorong Presiden ketika itu, George W Bush, untuk melancarkan ‘perang global melawan keganasan’ termasuk serangan tentera ke atas Afghanistan bagi mencari pemimpin Al Qaeda, Osama bin Laden. 

Bin Laden mengelak daripada ditangkap sehingga dia terbunuh dalam serbuan AS di sebuah rumah Pakistan pada 2011, yang diarahkan oleh Presiden Barack Obama ketika itu.

Serangan 9/11 adalah yang terburuk di bumi AS sejak serangan Jepun pada 1941 di Pearl Harbor, Hawaii, di mana 2,400 orang terbunuh.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *