Connect with us

Antarabangsa

22 tahun selepas insiden 11 September, Muslim masih didiskriminasi?

Lebih dua dekad selepas serangan pengganas 11 September 2001, diskriminasi dan kebencian terhadap Muslim di Amerika Syarikat (AS) masih wujud sehingga menimbulkan kemarahan kumpulan hak asasi Muslim terbesar di negara itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

22 tahun selepas insiden 11 September, Muslim masih didiskriminasi?
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lebih dua dekad selepas serangan pengganas 11 September 2001, diskriminasi dan kebencian terhadap Muslim di Amerika Syarikat (AS) masih wujud sehingga menimbulkan kemarahan kumpulan hak asasi Muslim terbesar di negara itu.
  • “Selepas 22 tahun, malangnya, Islamofobia meresap dan menjadi sebahagian daripada struktur rasisme yang masih wujud di beberapa bahagian negara kami,” kata  Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perhubungan Amerika-Islam (CAIR-CA) cawangan California, Hussam Ayloush.
  • Katanya, orang Islam diganggu di lapangan terbang, FBI melakukan pemeriksaan, meletakkan pemberi maklumat di masjid dan memberi kebenaran kepada agensi seperti FBI dan CIA untuk mengesan orang Islam dari negara seperti Syria, Libya dan Sudan 
  • Jumlah jenayah kebencian terhadap Muslim melonjak dengan ketara selepas serangan 9/11, meningkat 1,617 peratus dari tahun 2000-2001, berdasarkan statistik FBI. 
  • “Sentimen Islamofobia sebelum 9/11 sudah kuat,” kata Profesor sosiologi di Universiti di Milwaukee, Wisconsin, khusus dalam Kajian Arab dan Muslim Amerika, Louise Cainkar.
  • Prof Cainkar percaya pandangan anti-Muslim digerakkan oleh dasar luar negara AS dan peperangan, tidak kira siapa pun yang menjadi Presiden negara kuasa besar itu. 

Lebih dua dekad selepas serangan pengganas 11 September 2001, diskriminasi dan kebencian terhadap Muslim di Amerika Syarikat (AS) masih wujud sehingga menimbulkan kemarahan kumpulan hak asasi Muslim terbesar di negara itu.

“Selepas 22 tahun, malangnya, Islamofobia meresap dan menjadi sebahagian daripada struktur rasisme yang masih wujud di beberapa bahagian negara kami,” kata  Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perhubungan Amerika-Islam (CAIR-CA) cawangan California, Hussam Ayloush.

Hussam berkata hampir satu juta daripada anggaran lima juta Muslim yang tinggal di California menunjukkan mereka masih diganggu dan menerima prasangka buruk selepas serangan 9/11.

“Lebih 50 peratus pelajar Muslim di California menghadapi beberapa bentuk buli lisan dan fizikal di sekolah-sekolah awam hanya kerana mereka seorang Muslim,” kata Hussam dipetik agensi berita Anadolu.

Beliau berkata orang Islam juga diganggu di lapangan terbang, FBI melakukan pemeriksaan, meletakkan pemberi maklumat di masjid dan memberi kebenaran kepada agensi seperti FBI dan CIA untuk mengesan orang Islam dari negara seperti Syria, Libya dan Sudan 

Jumlah jenayah kebencian terhadap Muslim melonjak dengan ketara selepas serangan 9/11, meningkat 1,617 peratus dari tahun 2000-2001, berdasarkan statistik FBI. 

Peningkatan itu merupakan yang tertinggi dalam sejarah AS berkenaan jenayah kebencian terhadap komuniti Muslim. 

“Sentimen Islamofobia sebelum 9/11 sudah kuat,” kata Profesor sosiologi di Universiti di Milwaukee, Wisconsin, khusus dalam Kajian Arab dan Muslim Amerika, Louise Cainkar.

Katanya, stereotaip sama iaitu keganasan, pengganas dan penindasan terhadap wanita boleh digunakan untuk keuntungan politik semasa pilihan raya dan perang. 

Pada dasarnya, Islamofobia masih wujud pada masa kini meskipun 9/11 menjadi sejarah.

Prof Cainkar percaya pandangan anti-Muslim digerakkan oleh dasar luar negara AS dan peperangan, tidak kira siapa pun yang menjadi Presiden negara kuasa besar itu. 

Sumber:  Anadolu

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *