Antarabangsa
1,200 pelarian kanak-kanak maut dalam konflik Sudan – UNHCR
Lebih 1,200 pelarian kanak-kanak terkorban dalam konflik Sudan yang berlaku antara tentera kerajaan dan kumpulan separa tentera Rapid Support Forces (RSF), kata Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) pada Selasa.
- Lebih 1,200 pelarian kanak-kanak terkorban dalam konflik Sudan yang berlaku antara tentera kerajaan dan kumpulan separa tentera Rapid Support Forces (RSF), kata Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) pada Selasa.
- Di negeri dengan jolokan ‘White Nile’ itu, “lebih 1,200 pelarian kanak-kanak di bawah usia lima tahun meninggal dunia di sembilan kem dalam tempoh antara 15 Mei dan 14 September lalu, disyaki disebabkan wabak campak dan kekurangan zat makanan,” kata UNHCR dalam satu kenyataan.
- Pergolakan berlaku di Sudan antara tentera kerajaan dan RSF sejak April lalu mengorbankan ribuan nyawa, menurut pakar perubatan.
- Menurut data PBB, lebih 5.25 juta orang kehilangan tempat tinggal akibat pergolakan berterusan di Sudan.
- PBB memberi amaran kekurangan kakitangan perubatan, ubat-ubatan dan peralatan penting untuk menangani wabak penyakit di Sudan akibat peperangan.
Lebih 1,200 pelarian kanak-kanak terkorban dalam konflik Sudan yang berlaku antara tentera kerajaan dan kumpulan separa tentera Rapid Support Forces (RSF), kata Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) pada Selasa.
Di negeri dengan jolokan ‘White Nile’ itu, “lebih 1,200 pelarian kanak-kanak di bawah usia lima tahun meninggal dunia di sembilan kem dalam tempoh antara 15 Mei dan 14 September lalu, disyaki disebabkan wabak campak dan kekurangan zat makanan,” kata UNHCR dalam satu kenyataan.
“Lebih 3,100 kes yang disyaki dilaporkan dalam tempoh sama dan lebih 500 kes disyaki kolera (taun) dilaporkan di bahagian lain di negara ini bersama-sama dengan wabak denggi dan malaria,” katanya dipetik agensi berita Anadolu.
Pergolakan yang berlaku di Sudan antara tentera kerajaan dan RSF sejak April lalu mengorbankan ribuan nyawa, menurut pakar perubatan.
Menurut data PBB, lebih 5.25 juta orang kehilangan tempat tinggal akibat pergolakan berterusan di Sudan.
“Dunia mempunyai cara dan wang untuk menghalang setiap kematian daripada wabak campak atau kekurangan makanan… Namun puluhan kanak-kanak terkorban setiap hari – akibat konflik dan kekurangan perhatian global,” kata Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian, Filippo Grandi.
PBB memberi amaran kekurangan kakitangan perubatan, ubat-ubatan dan peralatan penting untuk menangani wabak penyakit di Sudan akibat peperangan.
“Kita boleh menghalang lebih banyak kematian, tetapi memerlukan dana untuk tindak balas, akses kepada mereka yang memerlukan dan paling penting menamatkan pertempuran,” kata Grandi.
Sumber: Anadolu