Antarabangsa
Umat Islam Indonesia disaran tunaikan haji sekali sahaja seumur hidup
Kerajaan Indonesia pada Ahad menggesa umat Islam menunaikan haji hanya sekali sahaja seumur hidup mereka berikutan barisan menunggu yang tidak berkesudahan.

- Kerajaan Indonesia pada Ahad menggesa umat Islam menunaikan haji hanya sekali sahaja seumur hidup mereka berikutan barisan menunggu yang tidak berkesudahan.
- “Pada pendapat saya, menunaikan haji sekali seumur hidup sudah memadai,” kata Menteri Penyelaras Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Indonesia, Muhadjir Effendy.
- Biarpun ramai individu mempunyai kemampuan untuk menunaikan ibadah haji berkali-kali, menteri itu menegaskan keutamaan harus diberi kepada mereka yang menunggu selama bertahun-tahun dan masih belum menunaikan ibadah suci itu.
- Pada tahun ini, Indonesia menghantar 229,000 jemaah haji untuk menunaikan ibadah haji di kota suci Makkah, Arab Saudi, justeru mewakili kuota haji terbesar pernah diterima negara itu.
Kerajaan Indonesia pada Ahad menggesa umat Islam menunaikan haji hanya sekali sahaja seumur hidup mereka berikutan barisan menunggu yang tidak berkesudahan.
Ketika Arab Saudi memperuntukkan Indonesia kuota haji terbesar di dunia, menampung lebih 200,000 jemaah setiap musim, umat Islam Indonesia terpaksa menunggu selama bertahun-tahun selepas mendaftar dengan Kementerian Hal Ehwal Agama menunggu giliran mereka tiba.
“Pada pendapat saya, menunaikan haji sekali seumur hidup sudah memadai,” kata Menteri Penyelaras Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Indonesia, Muhadjir Effendy dipetik laman web berita Kompas.
Biarpun ramai individu mempunyai kemampuan untuk menunaikan ibadah haji berkali-kali, menteri itu menegaskan keutamaan harus diberi kepada mereka yang menunggu selama bertahun-tahun dan masih belum menunaikan ibadah suci itu.
Muhadjir memberikan contoh di mana, sejak memegang jawatan kabinetnya, beliau mengelak daripada menggunakan statusnya untuk ziarah ke tanah suci berulang kali.
Berbeza dengan ibadah haji tahunan, umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa, sekali gus tidak menjejaskan senarai menunggu yang sudah sesak.
“Anda boleh menunaikan umrah setiap bulan jika anda mahu,” kata menteri itu dalam laporan Jakarta Globe.
Risiko peningkatan jemaah haji Indonesia akan berlaku dengan tempoh menunggu yang lebih lama.
Data kerajaan menunjukkan kira-kira 43 peratus jemaah haji berumur 60 tahun atau lebih, dan 774 jemaah meninggal dunia semasa menunaikan haji dengan majoriti yang terkorban adalah warga emas.
Awal minggu ini, pegawai yang sama berkata kerajaan sedang mempertimbangkan peraturan untuk mengehadkan ibadah haji kepada sekali sahaja.
Pada tahun ini, Indonesia menghantar 229,000 jemaah haji untuk menunaikan ibadah haji di kota suci Makkah, Arab Saudi, justeru mewakili kuota haji terbesar pernah diterima negara itu.
Sumber: Jakarta Globe
