Connect with us

Antarabangsa

UK tahan geran 2.2 juta pound sterling untuk pusat belia Masjid Green Lane

Geran kerajaan 2.2 juta pound sterling yang dianugerahkan kepada pusat belia Masjid Green Lane di Birmingham dibatalkan selepas media sayap kanan GB News mendedahkan “sudut pandang norma Islam” imam-imam masjid itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

UK tahan geran 2.2 juta pound sterling untuk pusat belia Masjid Green Lane
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Geran kerajaan 2.2 juta pound sterling yang dianugerahkan kepada pusat belia Masjid Green Lane di Birmingham dibatalkan selepas media sayap kanan GB News mendedahkan “sudut pandang norma Islam” imam-imam masjid itu.
  • Laporan media itu turut memetik imam-imam di masjid terbabit pernah merujuk kepada sesuatu yang dipanggil “Protocol of the Elders of Zion” (Protokol Tertua Zion).
  • Dana yang sepatutnya disalurkan Kerajaan United Kingdom (UK) dari Jabatan Budaya, Media, dan Sukan itu digantung selepas badan penyiaran itu mendakwa masjid itu ada kaitan dengan penceramah ekstremis dan kontroversi.
  • Persatuan Sekular Kebangsaan (NNS) juga dilaporkan turut menulis kepada kerajaan UK dan menuduh masjid terbabit menyokong “pandangan misoginis, homofobik dan anti-semitik”.
  • Masjid Green Lane memaklumkan klip video (yang dikaitkan dengan masjid itu) rata-ratanya diambil di luar dari konteks yang menjurus kepada penerimaan emel-emel berbaur kebencian.

Geran kerajaan 2.2 juta pound sterling yang dianugerahkan kepada pusat belia Masjid Green Lane di Birmingham dibatalkan selepas media sayap kanan GB News mendedahkan “sudut pandang norma Islam” imam-imam masjid itu.

Laporan media itu turut memetik imam-imam di masjid terbabit pernah merujuk kepada sesuatu yang dipanggil “Protocol of the Elders of Zion” (Protokol Tertua Zion).

Dana yang sepatutnya disalurkan Kerajaan United Kingdom (UK) dari Jabatan Budaya, Media, dan Sukan itu digantung selepas badan penyiaran itu mendakwa masjid itu ada kaitan dengan penceramah ekstremis dan kontroversi.

Persatuan Sekular Kebangsaan (NNS) juga dilaporkan turut menulis kepada kerajaan UK dan menuduh masjid terbabit menyokong “pandangan misoginis, homofobik dan anti-semitik”.

Masjid Green Lane memaklumkan klip video (yang dikaitkan dengan masjid itu) rata-ratanya diambil di luar dari konteks yang menjurus kepada penerimaan emel-emel berbaur kebencian.

Antara petikan kata-kata ucapan dipetik dalam laporan NSS adalah ucapan yang dipetik dari kuliah masjid beberapa tahun lalu yang menyentuh topik-topik LGBT dan perihal suami isteri.

Masjid Green Lane dalam satu kenyataan berkata, hantaran media sosial yang mengelirukan seakan-akan mencari jalan untuk melemahkan projek penting yang bakal mencetus perubahan (golongan belia).

Jurucakap masjid, Saudari Umm Talha berkata klip video (yang dirujuk) dikeluarkan dari konteks serta ajaran Islam yang jelas melarang hal-hal bercanggah dengan undang-undang negara yang didiami samada di UK atau di negara lain.

Sumber: 5 Pillars UK

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *