Connect with us

Antarabangsa

Tidak puas hati dibuang kerja, Veteran tentera gay AS saman Jabatan Pertahanan

Sekumpulan veteran LGBTQ Tentera Amerika Syarikat (AS) yang sebelum ini dipecat kerana orientasi seksualnya itu menyaman Jabatan Pertahanan AS, lapor NBC News.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tidak puas hati dibuang kerja, Tentera gay AS saman Jabatan Pertahanan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekumpulan veteran LGBTQ Tentera Amerika Syarikat (AS) yang sebelum ini dipecat kerana orientasi seksualnya itu menyaman Jabatan Pertahanan AS, lapor NBC News.
  • Mereka bertindak menyaman Jabatan Pertahanan AS kerana dinafikan tamat tugas secara terhormat dan orientasi seksual mereka itu disenaraikan pada rekod perkhidmatan. 
  • Tuntutan mahkamah difailkan pada Selasa lalu di Mahkamah Daerah Utara California dengan plaintif menuntut jabatan itu memberikan pelepasan tamat tugas secara terhormat bagi membolehkan mereka mengakses faedah kebajikan veteran, termasuk penjagaan kesihatan, bantuan tuisyen kolej dan program pinjaman.
  • Memetik laporan sebuah organisasi LGBTQ iaitu Institut Wiliams di Sekolah Undang-Undang UCLA, lebih 13,000 anggota tentera AS diberhentikan kerana melanggar polisi “don’t ask, don’t tell” yang mengizinkan gay dan lesbian berkhidmat selagi ia masih tertutup. 

Sekumpulan veteran LGBTQ Tentera Amerika Syarikat (AS) yang sebelum ini dipecat kerana orientasi seksualnya itu menyaman Jabatan Pertahanan AS, lapor NBC News.

Mereka bertindak menyaman Jabatan Pertahanan AS kerana dinafikan tamat tugas secara terhormat dan orientasi seksual mereka itu diseneraikan pada rekod perkhidmatan. 

Tuntutan mahkamah difailkan pada Selasa lalu di Mahkamah Daerah Utara California dengan plaintif menuntut jabatan itu memberikan pelepasan tamat tugas secara terhormat bagi membolehkan mereka mengakses faedah kebajikan veteran, termasuk penjagaan kesihatan, bantuan tuisyen kolej dan program pinjaman.

Plaintif juga meminta status seksualiti mereka dikeluarkan dari rekod tamat tugas kerana melanggar privasi dan menghalang faedah dari diakses. 

“Kerajaan dan pemimpin telah lama melihat isu diskriminasi kelompok tentera LGBTQ dan apa yang dilakukan kepada saya adalah salah,” kata seorang plaintiff veteran Tentera AS, Steven Egland.

Katanya, sudah tiba masa untuk membetulkan rekod bekas veteran tentera yang berhak memiliki dokumen yang mencerminkan penghormatan dan perkhidmatan mereka.   

Jurucakap Jabatan Pertahanan AS enggan mengulas lanjut mengenai litigasi yang belum selesai itu. 

Sebahagian daripada plaintif dibuang kerja pada 1993 di bawah polisi “dont ask, dont tell” (jangan tanya, jangan beritahu) yang mengizinkan gay dan lesbian berkhidmat selagi ia masih tertutup. 

Manakala tentera AS yang lain diberhentikan kerana undang-undang terdahulu yang melarang lesbian dan gay daripada berkhidmat. 

Memetik laporan sebuah organisasi LGBTQ iaitu Institut Wiliams di Sekolah Undang-Undang UCLA, lebih 13,000 anggota tentera AS diberhentikan kerana melanggar polisi “don’t ask, don’t tell”.

Sumber: NBC News 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *