Connect with us

Antarabangsa

Tanpa sebarang provokasi, kanak-kanak lapan tahun ditembak mati jiran

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, Sarabi Medina, ditembak mati di kepala oleh jirannya dalam insiden keganasan senjata api terkini di negara barat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tanpa sebarang provokasi, kanak-kanak lapan tahun ditembak mati jiran
Foto: Kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, Sarabi Medina.
  • Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, Sarabi Medina, ditembak mati di kepala oleh jirannya dalam insiden keganasan senjata api terkini di negara barat.
  • Ketika kejadian, kanak-kanak itu dilaporkan sedang bermain skuter bersama bapanya di luar apartmen keluarganya di Portage Park, Chicago, pada malam Sabtu lalu. 
  • Kanak-kanak malang itu meninggal dunia selepas dikejarkan ke hospital berdekatan rumahnya di 3500 blok North Long Avenue.
  • Suspek, Michael Goodman yang merupakan jiran mangsa ditahan polis dan akan didakwa dengan tuduhan pembunuhan peringkat pertama.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, Sarabi Medina, ditembak mati di kepala oleh jirannya dalam insiden keganasan senjata api terkini di negara barat.

Ketika kejadian, kanak-kanak itu dilaporkan sedang bermain skuter bersama bapanya di luar apartmen keluarganya di Portage Park, Chicago, pada malam Sabtu lalu. 

Kanak-kanak yang bakal memulakan persekolahan darjah empat di Sekolah Rendah Reinberg itu ditembak dalam insiden serangan ‘tanpa provokasi’. 

Menurut Daily Mail, Ibu kanak-kanak malang itu juga dibunuh keganasan senjata api pada 2018. 

Kanak-kanak itu meninggal dunia selepas dikejarkan ke hospital berdekatan rumahnya di 3500 blok North Long Avenue. 

Saksi berkata Sarabi Medina ditembak beberapa saat setelah kanak-kanak itu mendapatkan ais krim daripada trak. 

Jiran keluarga mangsa, Destiny Hill, berkata Sarabi Medina adalah anak yang manis dan hanya bermain dengan skuternya di kaki lima. 

Suspek, Michael Goodman yang merupakan jiran mangsa ditahan polis dan akan didakwa dengan tuduhan pembunuhan peringkat pertama.

Sejurus mendengar bunyi tembakan, bapa Sarabi, Mike terus menangani dan menahan suspek.  

Sumber: Daily Mail

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *