Antarabangsa
Syorkan bilik teroka badan & permainan seks di pusat jagaan harian, Pro Familia dikecam
Pro Familia, sebuah persatuan profesional mengenai seksualiti dan perkongsian terkemuka di Jerman dikecam hebat apabila ia mengesyorkan pusat jagaan harian menyediakan “bilik penerokaan badan” dan “permainan seksual” bagi kanak-kanak kecil.

- Pro Familia, sebuah persatuan profesional mengenai seksualiti dan perkongsian terkemuka di Jerman dikecam hebat apabila ia mengesyorkan pusat jagaan harian menyediakan “bilik penerokaan badan” dan “permainan seksual” bagi kanak-kanak kecil.
- Isu itu mendapat perhatian ramai selepas saluran media BILD mendedahkan e-mel diterima ibu bapa di pusat jagaan harian Arbeiterwohlfahrt (AWO) di daerah Hannover mengenai perkara itu.
- E-mel diterima ibu bapa itu menyenaraikan 10 peraturan menjelaskan bagaimana kanak-kanak di “bilik penerokaan badan” digalakkan untuk “memeriksa dan membelai” diri mereka sendiri dan kanak-kanak lain, demikian lapor Reduxx.
- Seorang bapa memberikan respon bahawa beliau sangat kecewa dan “kami diberitahu bahawa (aktiviti) ini ditentukan Kementerian Pendidikan. Sebagai ibu bapa kami (seolah-olah) ditakut-takutkan. Apa pilihan yang ada jika kami tidak mahu (semua) ini?”.
- Ini bukan kali pertama dasar yang dibawa Pro Familia dipersoalkan. Pada 2013, Deutsche Welle mendakwa “Pro Familia terperangkap dalam paya pedofilia,” menekankan tindakan organisasi pendidikan seksual itu berulang kali menerbitkan hasil karya pelobi pro-pedofilia.
Pro Familia, sebuah persatuan profesional mengenai seksualiti dan perkongsian terkemuka di Jerman dikecam hebat apabila ia mengesyorkan pusat jagaan harian menyediakan “bilik penerokaan badan” dan “permainan seksual” bagi kanak-kanak kecil.
Isu itu mendapat perhatian ramai selepas saluran media BILD mendedahkan e-mel diterima ibu bapa di pusat jagaan harian Arbeiterwohlfahrt (AWO) di daerah Hannover mengenai perkara itu.
E-mel diterima ibu bapa itu menyenaraikan 10 peraturan menjelaskan bagaimana kanak-kanak di “bilik penerokaan badan” digalakkan untuk “memeriksa dan membelai” diri mereka sendiri dan kanak-kanak lain, demikian lapor Reduxx.
“Semua kanak-kanak, lebih-lebih lagi pra sekolah, sedar lokasi di mana berbogel dan penerokaan boleh dilakukan.
“Setiap kanak-kanak menentukan sendiri dengan siapa mereka mahu bermain permainan fizikal dan seksual. Kanak-kanak perempuan dan lelaki yang membelai dan meneroka sesama mereka hanya boleh melakukannya selama mana mereka selesa antara satu sama lain,” demikian kandungan emel itu.
Seorang bapa memberikan respon bahawa beliau sangat kecewa dan “kami diberitahu bahawa (aktiviti) ini ditentukan Kementerian Pendidikan. Sebagai ibu bapa kami (seolah-olah) ditakut-takutkan. Apa pilihan yang ada jika kami tidak mahu (semua) ini?”.
Kementerian Pendidikan di Lower Saxony memberi respon kepada ibu bapa prihatin dengan menamatkan program itu sebelum ia dikuatkuasakan.
Ini bukan kali pertama dasar yang dibawa Pro Familia dipersoalkan. Pada 2013, Deutsche Welle mendakwa “Pro Familia terperangkap dalam paya pedofilia,” menekankan tindakan organisasi pendidikan seksual itu berulang kali menerbitkan hasil karya pelobi pro-pedofilia.
Sumber: Reduxx
