Connect with us

Terkini

Silibus subjek Matematik terlalu berat untuk murid sekolah rendah – Tokoh kewangan Islam

Silibus pendidikan bagi subjek Matematik sekolah rendah terlalu berat untuk murid, demikian menurut tokoh dan pakar kewangan Islam, Dr Zaharuddin Abd Rahman.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Silibus subjek Matematik terlalu berat untuk murid sekolah rendah – Tokoh kewangan Islam
Foto: Tokoh dan pakar kewangan Islam, Dr Zaharuddin Abd Rahman.
  • Silibus pendidikan bagi subjek Matematik sekolah rendah terlalu berat untuk murid, demikian menurut tokoh dan pakar kewangan Islam, Dr Zaharuddin Abd Rahman.
  • Zaharuddin membuat kesimpulan itu selepas merujuk kepada soalan Matematik Darjah 5 melibatkan pengiraan ‘compounding interest’ (faedah kompaun) secara manual yang perlu dijawab murid sekolah rendah.
  • Katanya, pengurus cawangan bank pun belum tentu tahu mengira compounding interest secara manual kerana semuanya dibuat secara automatik.
  • “Ini soalan murid darjah 5, 6? Ini dah terlebih berat. Pelajar tingkatan 4 mungkin sesuai. Tiada gunanya menekan kanak-kanak semuda itu dengan silibus yang masih jauh untuk diperlukan oleh mereka,” katanya dalam hantaran Facebook pada Isnin.
  • Difahamkan pandangan beliau itu susulan mengulas hantaran Facebook Aimi Nawi yang berkongsi bagaimana anaknya yang berusia 11 tahun berasa terlalu stres dan kecewa apabila perlu menjawab soalan Matematik Darjah 5 melibatkan topik ‘Compounding Interest’.
  • Zaharuddin turut membangkitkan keresahan ramai mengenai tindakan Kementerian Pendidikan yang dilihat tidak mengambil tindakan berkenaan isu silibus pendidikan yang meresahkan guru, ibu bapa dan anak-anak mereka.

KUALA LUMPUR — Silibus pendidikan bagi subjek Matematik sekolah rendah terlalu berat untuk murid, demikian menurut tokoh dan pakar kewangan Islam, Dr Zaharuddin Abd Rahman.

Zaharuddin membuat kesimpulan itu selepas merujuk kepada soalan Matematik Darjah 5 melibatkan pengiraan ‘compounding interest’ (faedah kompaun) secara manual yang perlu dijawab murid sekolah rendah.

Katanya, pengurus cawangan bank pun belum tentu tahu mengira compounding interest secara manual kerana semuanya dibuat secara automatik.

“Ini soalan murid darjah 5, 6? Ini dah terlebih berat. Pelajar tingkatan 4 mungkin sesuai. Tiada gunanya menekan kanak-kanak semuda itu dengan silibus yang masih jauh untuk diperlukan oleh mereka,” katanya dalam hantaran Facebook pada Isnin.

Difahamkan pandangan beliau itu susulan mengulas hantaran Facebook Aimi Nawi yang berkongsi bagaimana anaknya yang berusia 11 tahun berasa terlalu stres dan kecewa apabila perlu menjawab soalan Matematik Darjah 5 melibatkan topik ‘Compounding Interest’.

Zaharuddin turut membangkitkan keresahan ramai mengenai tindakan Kementerian Pendidikan yang dilihat tidak mengambil tindakan berkenaan isu silibus pendidikan yang meresahkan guru, ibu bapa dan anak-anak mereka.

Beliau berharap silibus itu benar-benar dikaji semula dengan penglibatan lebih ramai pakar, individu kebanyakan dan wakil ibu bapa dari latar belakang berbeza.

“Kadang-kadang ‘pakar’ ini tersesat dalam minda mereka idealistik sendiri tanpa realistik serta gagal melihat ‘macro effect’ silibus dan pendidikan rendah dan menengah secara umum dan kesediaan minda psikologi kanak-kanak.

“Pendidikan rendah dan menengah bukan hanya mengejar dan mengajar dengan memaksa ‘sumbatan’ silibus aras tinggi sejak dari awal, namun pendidikan merangkumi kefahaman aras ekonomi rakyat dan fasiliti belajar, keperluan semasa, data kesihatan awam dan sakit mental yang trending, peningkatan jumlah tidak mengambil SPM yang trend meningkat, keadaan kesihatan keadaan keluarga rakyat, jumlah minat dan grade beberapa subjek yang menurun seperti math dan sains dan banyak lagi,” katanya.

Dr Zaharuddin turut memetik satu kaedah fiqh yang menyatakan, ‘sesiapa yang tergesa-gesa berbuat sesuatu sebelum sampai waktunya (yang sesuai) maka akan dihukum dengan terhalang mendapat terus kelak’.

“Kita tidak mahu kononnya ingin cepat mengejar ilmu tahap tinggi lalu dipersiapkan sejak sekolah rendah sehingga memaksa-maksa minda yang belum cukup matang untuk hadam dengan faham dan menjiwainya akhirnya terlepas semuanya.

“…dan majoriti anak-anak jadi fobia dengan math dan lain-lain subjek yang terlalu berat bagi mereka pada tahap umur mereka, mungkin 20-30 peratus kanak-kanak yang advance mampu namun majoriti tercicir dan trauma. Fikirkan…” katanya yang turut memuat naik beberapa foto keratan soalan Matematik tahun 5 dan 6 di Facebook. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Zaharuddin.net

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *