Antarabangsa
Ramzan Kadyrov selar pemimpin Islam tidak hukum pembakar al-Quran
Ketua Republik Chechnya di Russia, Ramzan Kadyrov mengecam pemimpin-pemimpin Islam atas kegagalan mereka bertindak sewajarnya lantaran banyak kejadian membakar kitab suci al-Quran di Barat, lapor portal berita RT Jumaat lepas.
- Ketua Republik Chechnya di Russia, Ramzan Kadyrov mengecam pemimpin-pemimpin Islam atas kegagalan mereka bertindak sewajarnya lantaran banyak kejadian membakar kitab suci al-Quran di Barat, lapor portal berita RT Jumaat lepas.
- Dalam satu kenyataan menerusi aplikasi Telegram, Kadyrov berkata, penghinaan berterusan terhadap kitab suci umat Islam itu di Eropah mengundang cabaran yang belum pernah berlaku sebelum ini.
- “Di mana pemimpin negara-negara Islam pada masa ini? Mengapakah mereka membenarkan kitab suci kita dicemari secara terbuka dan tidak mengambil sebarang langkah penting untuk melindungi umat Islam dan agama Islam? Adakah mereka benar-benar takut akan tindak balas dan sekatan Amerika Syarikat (AS) serta Eropah lebih daripada kemurkaan Allah?” katanya.
- Denmark dan Sweden menyaksikan beberapa protes awam di mana aktivis-aktivis mencemarkan al-Quran sehingga mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
MOSCOW, Russia – Ketua Republik Chechnya di Russia, Ramzan Kadyrov mengecam pemimpin-pemimpin Islam atas kegagalan mereka bertindak sewajarnya lantaran banyak kejadian membakar kitab suci al-Quran di Barat, lapor portal berita RT Jumaat lepas.
Dalam satu kenyataan menerusi aplikasi Telegram, Kadyrov berkata, penghinaan berterusan terhadap kitab suci umat Islam itu di Eropah mengundang cabaran yang belum pernah berlaku sebelum ini.
“Di mana pemimpin negara-negara Islam pada masa ini? Mengapakah mereka membenarkan kitab suci kita dicemari secara terbuka dan tidak mengambil sebarang langkah penting untuk melindungi umat Islam dan agama Islam? Adakah mereka benar-benar takut akan tindak balas dan sekatan Amerika Syarikat (AS) serta Eropah lebih daripada kemurkaan Allah?” katanya.
Pada masa ini, Russia menentang dasar penjajah ateis agresif Barat, kata pemimpin Chechnya itu.
“Saya 100 peratus pasti dengan kemenangan (menentang Ukraine). Apabila kita selesai dengan Ukraine, kita akan pergi ke negara-negara yang telah mencemarkan al-Quran,” kata Kadyrov sambil menambah, terdapat ramai orang Islam di Russia yang tidak akan membiarkan kejadian itu.
Sebelum ini, Denmark dan Sweden menyaksikan beberapa protes awam di mana aktivis-aktivis mencemarkan al-Quran sehingga mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Walaupun kesal dengan kejadian itu, kedua-dua negara tidak dapat menghalang perbuatan tersebut atas alasan kebebasan bersuara.
Bagaimanapun, berdepan dengan penolakan dan risiko keselamatan yang meningkat, Copenhagen dan Stockholm telah memberi isyarat kesediaan untuk menangani isu tersebut.
Sumber: Kosmo