Antarabangsa
Ramai warga Britain tidak tahu maksud wanita transgender
Satu kaji selidik baharu mendedahkan lebih satu pertiga warga Britain tidak mengetahui bahawa wanita transgender sebenarnya dilahirkan sebagai lelaki.
- Satu kaji selidik baharu mendedahkan lebih satu pertiga warga Britain tidak mengetahui bahawa wanita transgender sebenarnya dilahirkan sebagai lelaki.
- Satu tinjauan mendapati 35 peratus orang menyangka golongan itu adalah perempuan sejak dilahirkan, atau mereka tidak jelas dengan istilah `wanita transgender’ mahupun `wanita trans’.
- Pakar berpandangan penggunaan istilah seperti ‘wanita trans’ amat mengelirukan, malah diguna pakai selepas aktivis hak asasi menegaskan tindakan merujuk jantina biologi sebenar golongan transgender adalah bersifat diskriminasi dan menyinggung perasaan.
- Ahli politik, wartawan dan pakar penyelidik digesa memberikan penjelasan mengenai istilah terbabit yang dipercayai masih tidak cukup jelas.
- Hanya 55 peratus individu dalam kumpulan antara 25 hingga 34 tahun mengetahui wanita transgender dilahirkan sebagai lelaki.
LONDON: Satu kaji selidik baharu mendedahkan lebih satu pertiga warga Britain tidak mengetahui bahawa wanita transgender sebenarnya dilahirkan sebagai lelaki.
Data itu menunjukkan pemahaman penduduk mengenai wanita transgender adalah agak lemah kerana ramai tidak mengetahui maksud sebenar istilah itu.
Satu tinjauan mendapati 35 peratus orang menyangka golongan itu adalah perempuan sejak dilahirkan, atau mereka tidak jelas dengan istilah `wanita transgender’ mahupun `wanita trans’.
Kajian yang dijalankan oleh kumpulan analisis dasar Murray Blackburn Mackenzie (MBM), menunjukkan wujudnya kekeliruan besar membabitkan ‘wanita trans’, dengan 40 peratus penduduk salah tafsir istilah berkenaan.
MBM menyalahkan beberapa institusi termasuk BBC kerana menggunakan istilah itu semasa rancangan perdebatan jantina tanpa mengambil kira sama ada penduduk memahami sepenuhnya apa yang mereka maksudkan.
Pakar berpandangan penggunaan istilah seperti ‘wanita trans’ amat mengelirukan, malah diguna pakai selepas aktivis hak asasi menegaskan tindakan merujuk jantina biologi sebenar golongan transgender adalah bersifat diskriminasi dan menyinggung perasaan.
Menurut jurukempen, kajian itu menunjukkan orang ramai tidak mengetahui maksud istilah jantina yang betul.
Justeru, ahli politik, wartawan dan pakar penyelidik digesa memberikan penjelasan mengenai istilah terbabit yang dipercayai masih tidak cukup jelas.
Sementara itu, tinjauan menunjukkan pemahaman orang ramai mengenai istilah wanita transgender adalah berbeza mengikut umur individu.
Individu berusia antara 25 hingga 34 tahun dilaporkan paling kurang memahami istilah berkenaan.
Hanya 55 peratus individu dalam kumpulan umur itu mengetahui wanita transgender dilahirkan sebagai lelaki. – AGENSI
Sumber: Utusan Malaysia