Connect with us

Antarabangsa

 Promosi homoseksual, Algeria bakal haramkan filem Barbie?

Filem Barbie mendapat kecaman Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Algeria kerana “mempromosikan  homoseksual dan ideologi penyelewengan Barat,” demikian menurut laman berita tempatan 24H Algerie pada Isnin. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

 Promosi homoseksual, Algeria bakal haramkan filem Barbie?
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Filem Barbie mendapat kecaman Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Algeria kerana “mempromosikan  homoseksual dan ideologi penyelewengan Barat,” demikian menurut laman berita tempatan 24H Algerie pada Isnin.
  • Algeria antara negara ke arah mengharamkan filem terbitan Warner Bros itu selepas Lubnan dan Kuwait melarang tayangan filem Barbie kerana mempromosikan homoseksual dan transformasi seksual.
  • Terdahulu, Lubnan dan Kuwait mengharamkan filem itu disebabkan idea dan kepercayaan yang asing bagi penduduk negara Arab terbabit.
  • Larangan itu dikatakan mengejutkan peminat lantaran tiada tanda-tanda seksualiti yang jelas atau merujuk kepada hak LGBTQ+ serta tiada anatomi seksual pada anak patung terkenal itu.

Filem Barbie mendapat kecaman Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Algeria kerana “mempromosikan  homoseksual dan ideologi penyelewengan Barat,” demikian menurut laman berita tempatan 24H Algerie pada Isnin. 

Tayangan filem itu di seluruh dunia yang berjaya mengumpulkan $1 billion (RM4.6 billion) dalam jualan box office telah ditayangkan selama beberapa minggu di Algeria.

Algeria antara negara ke arah mengharamkan filem terbitan Warner Bros itu selepas Lubnan dan Kuwait melarang tayangan filem Barbie kerana mempromosikan homoseksual dan transformasi seksual.

Terdahulu, Lubnan dan Kuwait mengharamkan filem itu disebabkan idea dan kepercayaan yang asing bagi penduduk negara Arab terbabit.

Manakala, Vietnam mengharamkan filem ini dari ditayang pada Ogos lalu kerana terdapat ilustrasi peta menunjukkan konflik tuntutan wilayah China yang dipertikaikan di Laut China Selatan. 

Larangan itu dikatakan mengejutkan peminat lantaran tiada tanda-tanda seksualiti yang jelas atau merujuk kepada hak LGBTQ+ serta tiada anatomi seksual pada anak patung terkenal itu. 

Sumber: ABC News 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *