Terkini
PN sentiasa salahkan orang bukan Islam – Lim Guan Eng
Perikatan Nasional (PN) didakwa sentiasa menyalahkan orang bukan Islam di negara ini, kata Pengerusi DAP, Lim Guan Eng.

- Perikatan Nasional (PN) didakwa sentiasa menyalahkan orang bukan Islam di negara ini, kata Pengerusi DAP, Lim Guan Eng.
- Guan Eng yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, kenyataan pemimpin PN yang menyatakan orang bukan Islam adalah punca rasuah masih lagi terngiang-ngiang di telinganya.
- “Pemimpin Perikatan Nasional khususnya Presiden PAS, Hadi Awang dan Menteri Besar Kedah, Sanusi mengaitkan rasuah dengan perkauman. Ini membawa kemudaratan besar kepada negara kita,” kata Guan Eng dalam hantaran di akaun Facebooknya semalam.
- The Merdeka Times sebelum ini melaporkan dakwaan orang bukan Melayu paling ramai memberi rasuah ada dibentangkan dalam kertas kajian bertajuk ‘The Size and Costs of Bribes in Malaysia: An Analysis Based on Convicted Bribe Givers’ diterbitkan dalam Asian Economic Papers oleh MIT (Massachusetts Institute of Technology).
KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) didakwa sentiasa menyalahkan orang bukan Islam di negara ini, kata Pengerusi DAP, Lim Guan Eng.
Guan Eng yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, kenyataan pemimpin PN yang menyatakan orang bukan Islam adalah punca rasuah masih lagi terngiang-ngiang di telinganya.
Beliau juga mempersoalkan bagaimana masyarakat boleh mempercayai janji PN bahawa mereka tidak akan menjejaskan gaya hidup orang bukan Islam jika diberi mandat memerintah.
“Rasuah tidak mengenal warna kulit, sesiapa sahaja boleh dibutakan oleh ketamakan diri sendiri.
“Pemimpin Perikatan Nasional khususnya Presiden PAS, Hadi Awang dan Menteri Besar Kedah, Sanusi mengaitkan rasuah dengan perkauman. Ini membawa kemudaratan besar kepada negara kita,” kata Guan Eng dalam hantaran di akaun Facebooknya semalam.
Guan Eng berkata politik perkauman dan ekstremisme tidak boleh dibiarkan menghalang kemajuan negara.
The Merdeka Times sebelum ini melaporkan dakwaan orang bukan Melayu paling ramai memberi rasuah ada dibentangkan dalam kertas kajian bertajuk ‘The Size and Costs of Bribes in Malaysia: An Analysis Based on Convicted Bribe Givers’ diterbitkan dalam Asian Economic Papers oleh MIT (Massachusetts Institute of Technology).
Dapatan kajian itu antara lain mengesahkan pemberi rasuah terbanyak berdasarkan statistik sabitan kes di antara tahun 2010 hingga 2014 ialah daripada kalangan kaum Cina (57 peratus) dan kaum India serta lain-lain (30.51 peratus), manakala Melayu adalah 12.03 peratus. — The Merdeka Times
Sumber: Facebook Lim Guan Eng
