Terkini
Peta China 2023 turut merangkumi perairan Sabah, Sarawak
Peta standard China edisi 2023 yang dikeluarkan Kementerian Sumber Asli negara itu meliputi sebahagian besar perairan Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak serta beberapa kawasan di India yang didakwa milik negara itu.
- Peta standard China edisi 2023 yang dikeluarkan Kementerian Sumber Asli negara itu meliputi sebahagian besar perairan Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak serta beberapa kawasan di India yang didakwa milik negara itu.
- Peta itu dikeluarkan semalam sempena sambutan Hari Publisiti Ukur dan Pemetaan dan Minggu Publisiti Kesedaran Pemetaan Kebangsaan China.
- Peta standard China edisi 2023 itu turut menggabungkan kawasan yang dipertikaikan termasuk tuntutannya ke atas Arunachal Pradesh, wilayah Aksai Chin, Taiwan dan Laut China Selatan.
- Ini turut membabitkan kawasan maritim zon ekonomi eksklusif (EEZ) Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak, Brunei, Filipina, Indonesia dan Vietnam.
- Peta terbaru itu susulan kenyataan Beijing pada April lalu yang mengumumkan, mereka akan ‘melaksanakan standard’ nama 11 tempat di Arunachal Pradesh, termasuklah sebuah bandar Itanagar.
NEW DELHI: Peta standard China edisi 2023 yang dikeluarkan Kementerian Sumber Asli negara itu meliputi sebahagian besar perairan Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak serta beberapa kawasan di India yang didakwa milik negara itu.
Peta itu dikeluarkan semalam sempena sambutan Hari Publisiti Ukur dan Pemetaan dan Minggu Publisiti Kesedaran Pemetaan Kebangsaan China.
Peta standard China edisi 2023 itu turut menggabungkan kawasan yang dipertikaikan termasuk tuntutannya ke atas Arunachal Pradesh, wilayah Aksai Chin, Taiwan dan Laut China Selatan.
Ini turut membabitkan kawasan maritim zon ekonomi eksklusif (EEZ) Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak, Brunei, Filipina, Indonesia dan Vietnam.
Peta terbaru itu susulan kenyataan Beijing pada April lalu yang mengumumkan, mereka akan ‘melaksanakan standard’ nama 11 tempat di Arunachal Pradesh, termasuklah sebuah bandar berhampiran dengan ibu kota Arunachal Pradesh, Itanagar.
Ia juga adalah senarai ketiga ‘menamakan’ tempat di Arunachal Pradesh dan dilihat oleh pemerhati sebagai tindak balas kepada India yang menganjurkan acara menjelang sidang kemuncak G-20 di negeri itu, yang ditentang oleh Beijing.
Presiden China, Xi Jinping dijangka menghadiri sidang kemuncak pada 9 hingga 10 September ini di New Delhi.
Berikutan pelepasan peta standard untuk kegunaan awam, Kementerian Sumber Asli dilaporkan akan mengeluarkan ‘peta digital dan navigasi dan kedudukan’ untuk digunakan dalam pelbagai bidang termasuk ‘perkhidmatan berasaskan lokasi, pertanian tepat, ekonomi dan kenderaan bersambung pintar’.
Tahun ini menandakan ulang tahun ke-30 Undang-undang Ukur dan Pemetaan Republik Rakyat China yang diluluskan.
Ia untuk mengukuhkan pentadbiran syarikat ukur dan pemetaan, mempromosikan pembangunannya dan memastikan ia memberi perkhidmatan kepada pembangunan negara, ekonomi, pembinaan pertahanan negara, dan kemajuan masyarakat.
Di bawah Xi, Beijing mengetatkan pengurusan kawasan sempadan, meluluskan undang-undang sempadan baharu pada 2022.
Ia menyenaraikan pelbagai tanggungjawab bagi pihak berkuasa awam dan tentera di China untuk mengambil langkah untuk ‘menjaga kedaulatan negara’.
Pengeluaran nama baru itu adalah berkaitan dengan Perkara 7 undang-undang, yang menggesa untuk mempromosikan pendidikan sempadan pada semua peringkat kerajaan.
Artikel 22 juga menggesa tentera China menjalankan latihan sempadan dan ‘dengan tegas menghalang, menghentikan dan memerangi’ apa yang dipanggil ‘pencerobohan dan provokasi’.
Sumber: Berita Harian