Connect with us

Terkini

Penganjur mohon maaf insiden tarian ekstrim penonton konsert Port Festival 2023

People Of Remarkable Talents (PORT) memohon maaf atas adegan tarian segelintir penonton yang dirakam dalam satu video tular ketika penganjuran konsert Port Fest 2023 yang berlangsung dekat sini, hujung minggu lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Penganjur mohon maaf insiden tarian ekstrim penonton konsert Port Festival 2023
Foto: Imej video tular tarian ekstrim di konsert Port Fest 2023.
  • People Of Remarkable Talents (PORT) memohon maaf atas adegan tarian segelintir penonton yang dirakam dalam satu video tular ketika penganjuran konsert Port Fest 2023 yang berlangsung dekat sini, hujung minggu lalu.
  • Pengurus Besar PORT, Nur Hanim Mohamed Khairuddin berkata insiden ‘tarian ekstrem’ ketika sesi persembahan UBS Band pada Ahad lalu itu sesuatu yang bukan sengaja diatur serta berada di luar kawalan pihak penganjur.
  • Video aksi tarian ‘step’ memaparkan segelintir penonton perempuan yang menari sambil dikelilingi beberapa penonton lelaki itu turut mengundang pelbagai pandangan warganet.
  • Ia turut mengundang reaksi Pendakwah Bebas, Ustazah Asma’ Harun yang meminta agar insiden sama tidak berulang selain perlu adanya pemantauan ketat oleh pihak berkuasa semasa acara sedemikian berlangsung.

IPOH: People Of Remarkable Talents (PORT) memohon maaf atas adegan tarian segelintir penonton yang dirakam dalam satu video tular ketika penganjuran konsert Port Fest 2023 yang berlangsung dekat sini, hujung minggu lalu.

Pengurus Besar PORT, Nur Hanim Mohamed Khairuddin berkata insiden ‘tarian ekstrem’ ketika sesi persembahan UBS Band pada Ahad lalu itu sesuatu yang bukan sengaja diatur serta berada di luar kawalan pihak penganjur.

“Pihak penganjur dengan ini memohon maaf sekiranya adegan tarian yang sedang ditularkan tersebut telah menyentuh sensitiviti sebahagian masyarakat.

“Kaedah untuk penganjuran konsert seterusnya sedang dikaji agar peristiwa sebegini dapat dielakkan pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu ujarnya Port Fest 2023 yang berlangsung selama dua hari bermula 19 Ogos lalu itu adalah festival untuk mengetengahkan pelbagai sisi seni kreatif dan budaya.

Menurutnya lagi, tujuan utama penganjuran acara berkenaan adalah sebagai usaha memberi pendedahan serta mengenengahkan lebih daripada 300 orang penggiat seni di Perak.

“Program PORT FEST 2023 berjaya menarik sekitar 20,000 orang pengunjung dan menjana manfaat kewangan sebanyak kira-kira RM450,000 menerusi jualan makanan, minuman dan produk seni kreatif, acara persembahan, pameran dan pertandingan, dan juga penyewaan penginapan,” tambahnya lagi.

Sebelum itu tular di media sosial rakaman video berdurasi kira-kira 1 minit memaparkan aksi tarian oleh sekumpulan penonton lelaki dan perempuan dipercayai remaja yang disifatkan kurang sopan dalam satu acara festival yang berlangsung di Dataran Ipoh, pada Ahad.

Video aksi tarian ‘step’ memaparkan segelintir penonton perempuan yang menari sambil dikelilingi beberapa penonton lelaki itu turut mengundang pelbagai pandangan warganet.

Selain itu, ia turut mengundang reaksi Pendakwah Bebas, Ustazah Asma’ Harun yang meminta agar insiden sama tidak berulang selain perlu adanya pemantauan ketat oleh pihak berkuasa semasa acara sedemikian berlangsung.

“Tidak ada salahnya untuk diadakan apa jua festival, namun lihatlah baik dan buruknya. Letakkan garis panduan kawalan hiburan yang sewajarnya, tidak bercampur penonton lelaki dan perempuan, penampilan artis jemputan dijaga, tidak lalai tentang kewajipan kepada Allah SWT.

“Diakui Port Fest festival sebegini ia bagus kerana menghargai penggiat seni kreatif yang telah sekian lama berkarya dalam bidang seni.

“Waktu inilah kita dapat sama-sama menghargai hasil tangan mereka, bersua muka, bergambar dan lain-lain, namun tetap saja perlu dilihat acara yang termasuk di dalamnya,” katanya menerusi hantaran pada laman Facebook, pada Khamis.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending