Connect with us

Terkini

Lupakan sengketa politik sempena Hari Kemerdekaan

Sempena Hari Kemerdekaan yang disambut esok, semua pihak di negeri ini diseru melupakan sengketa politik selepas Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN-15) dan memberi fokus terhadap urus tadbir perpaduan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lupakan sengketa politik sempena Hari Kemerdekaan
Foto: Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.
  • Sempena Hari Kemerdekaan yang disambut esok, semua pihak di negeri ini diseru melupakan sengketa politik selepas Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN-15) dan memberi fokus terhadap urus tadbir perpaduan.
  • Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ini kerana tanpa perpaduan, rakyat tidak mungkin mencapai kestabilan, kesejahteraan dan kemajuan yang berterusan.
  • “Hentikanlah sebarang provokasi, elakkan membuat kenyataan bersifat adu domba menggunakan sentimen agama, kaum atau menyebarkan maklumat palsu terutama di media sosial sehingga mengundang perpecahan dalam kalangan rakyat,” katanya di sini hari ini.
  • Menurut beliau, tahun ini, sambutan Hari Kebangsaan menjadi jauh lebih bermakna apabila sejarah dilakar dengan terbentuknya Kerajaan Perpaduan sekaligus menamatkan kemelut ketidaktentuan politik yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam lipatan sejarah Malaysia.

GEORGE TOWN: Sempena Hari Kemerdekaan yang disambut esok, semua pihak di negeri ini diseru melupakan sengketa politik selepas Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN-15) dan memberi fokus terhadap urus tadbir perpaduan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ini kerana tanpa perpaduan, rakyat tidak mungkin mencapai kestabilan, kesejahteraan dan kemajuan yang berterusan.

“Hentikanlah sebarang provokasi, elakkan membuat kenyataan bersifat adu domba menggunakan sentimen agama, kaum atau menyebarkan maklumat palsu terutama di media sosial sehingga mengundang perpecahan dalam kalangan rakyat,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, tahun ini, sambutan Hari Kebangsaan menjadi jauh lebih bermakna apabila sejarah dilakar dengan terbentuknya Kerajaan Perpaduan sekaligus menamatkan kemelut ketidaktentuan politik yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam lipatan sejarah Malaysia.

“Pembentukan Kerajaan Perpaduan ini membuktikan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong yang menjadi tonggak perpaduan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Tambah Kon Yeow, sebagai simbolik mandat baharu Kerajaan Perpaduan, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dilantik dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dipilih rakyat kini bersedia mengorak hala tuju untuk negeri tercinta.

”Bertitik tolak dari situ, kita sememangnya harus bersyukur kerana Pulau Pinang terus mengukir sejarahnya tersendiri sejak 2008.

“Pulau Pinang terus menggamit kemasukan pelaburan berpotensi tinggi yang mana lebih RM200 bilion dicatatkan menerusi pelaburan sektor pembuatan dan kekal sebagai pengeksport utama negara sejak 2018 dengan nilai sebanyak RM170.8 trilion di samping mewujudkan lebih 222,000 peluang pekerjaan,” katanya.

Selain itu, katanya, Pulau Pinang juga menerima pelbagai pengiktirafan pada peringkat antarabangsa dan menjadi antara destinasi kegemaran pelancong dari luar negara.

“Menerusi gagasan Visi Penang 2030: Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara pula, pelbagai inisiatif dan pendekatan baharu diperkenalkan dalam memastikan pembangunan negeri dinikmati oleh semua.

“Diharapkan permulaan babak dan cabaran baharu untuk tempoh lima tahun akan datang dapat diutuhkan lagi bagi memastikan Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang kekal relevan,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author