Terkini
Kenapa perlu letak logo parti politik pada bantuan kerajaan?
Tindakan Kerajaan Madani memaparkan logo parti politik pada replika cek sumbangan bagi bantuan kerajaan dipersoalkan Ahli Parlimen pembangkang yang menyifatkannya tidak menggambarkan tata kelola yang baik.
- Tindakan Kerajaan Madani memaparkan logo parti politik pada replika cek sumbangan bagi bantuan kerajaan dipersoalkan Ahli Parlimen pembangkang yang menyifatkannya tidak menggambarkan tata kelola yang baik.
- Terkini, tular gambar Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming menyampaikan bantuan kewangan kepada sekolah menengah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dengan replika cek sumbangan memaparkan logo DAP dan Pakatan Harapan (PH) beserta jata negara.
- Menyelar perbuatan itu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan kenapa perlu ada logo parti politik pada replika cek sumbangan bantuan kerajaan yang seolah-olah memberi gambaran ia bantuan daripada parti politik.
- “Inilah good governance yang kononnya dicanangkan oleh pemimpin Pakatan Harapan dan Barisan Nasional pada hari ini… saya fikir rakyat boleh menilai sendiri, patutlah tak nak bagi sangat peruntukkan kepada Ahli Parlimen pembangkang sebenarnya nak gunakan untuk kepentingan politik sendiri,” katanya dalam hantaran video di Facebook beliau di sini semalam.
- Senada dengan Fadhli, Ahli Parlimen Machang iaitu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, apa yang berlaku itu tidak menunjukkan tata kelola baik yang selama ini dilaungkan Kerajaan Madani.
- “Ini satu kejanggalan yang amat. Bila masa sumbangan pihak kerajaan dibolehkan logo parti bersekali dengan jata negara?,” kata Wan Ahmad Fayhsal.
KUALA LUMPUR – Tindakan Kerajaan Madani memaparkan logo parti politik pada replika cek sumbangan bagi bantuan kerajaan dipersoalkan Ahli Parlimen pembangkang yang menyifatkannya tidak menggambarkan tata kelola yang baik.
Terkini, tular gambar Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming menyampaikan bantuan kewangan kepada sekolah menengah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dengan replika cek sumbangan memaparkan logo DAP dan Pakatan Harapan (PH) beserta jata negara.
Menyelar perbuatan itu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan kenapa perlu ada logo parti politik pada replika cek sumbangan bantuan kerajaan yang seolah-olah memberi gambaran ia bantuan daripada parti politik.
Fadli berkata beliau tidak mempersoalkan tentang bantuan kepada sekolah jenis kebangsaan itu kerana ia membabitkan peruntukan kerajaan.
“Tapi peruntukan ini daripada pembayar cukai, duit daripada kerajaan. Kenapa diletakkan logo parti di replika cek yang ditayangkan di khalayak umum seolah-olah menggambarkan ini duit daripada parti.
“Inilah good governance yang kononnya dicanangkan oleh pemimpin Pakatan Harapan dan Barisan Nasional pada hari ini… saya fikir rakyat boleh menilai sendiri, patutlah tak nak bagi sangat peruntukkan kepada Ahli Parlimen pembangkang sebenarnya nak gunakan untuk kepentingan politik sendiri,” katanya dalam hantaran video di Facebook beliau di sini semalam.
Senada dengan Fadhli, Ahli Parlimen Machang iaitu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, apa yang berlaku itu tidak menunjukkan tata kelola baik yang selama ini dilaungkan Kerajaan Madani.
“Ini satu kejanggalan yang amat. Bila masa sumbangan pihak kerajaan dibolehkan logo parti bersekali dengan jata negara?
“Inikah tatakelola baik yang kerajaan #MalaysiaMadani ingin bawa?” kata Wan Ahmad Fayhsal dalam hantarannya di Facebook.
Beliau turut memuatkan gambar sumbangan replika cek dan turut kelihatan Menteri KPKT pada majlis penyerahan bantuan kerajaan itu. – The Merdeka Times
Sumber: Facebook Fadhli Shaari , Facebook Wan Ahmad Fayhsal