Connect with us

Antarabangsa

Keluarga Kristian diserang perusuh dibantu kerajaan Pakistan

Pihak berkuasa Pakistan menyalurkan bantuan ribuan dolar kepada hampir 100 keluarga Kristian yang mana rumah mereka telah dimusnahkan kumpulan perusuh minggu lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Keluarga Kristian diserang perusuh dibantu kerajaan Pakistan
Foto: Perdana Menteri sementara, Anwar-ul-Haq Kakar.
  • Pihak berkuasa Pakistan menyalurkan bantuan ribuan dolar kepada hampir 100 keluarga Kristian yang mana rumah mereka telah dimusnahkan kumpulan perusuh minggu lalu.
  • Rusuhan tercetus apabila segelintir individu komuniti Kristian dikatakan bertindak mencemarkan al-Quran minggu lalu hingga menyebabkan perusuh merosakkan tempat tinggal komuniti Kristian itu.
  • Kerajaan Perdana Menteri sementara, Anwar-ul-Haq Kakar berkata setiap isi rumah bakal menerima pampasan 2 juta rupee ($6,800).
  • Polis melaporkan ramai perusuh diberkas dengan jumlah mereka yang ditahan di bandar Jaranwala kini mencecah 160 orang.

Pihak berkuasa Pakistan menyalurkan bantuan ribuan dolar kepada hampir 100 keluarga Kristian yang mana rumah mereka telah dimusnahkan kumpulan perusuh minggu lalu.

Kerajaan Perdana Menteri sementara, Anwar-ul-Haq Kakar berkata setiap isi rumah bakal menerima pampasan 2 juta rupee ($6,800).

Polis melaporkan ramai perusuh diberkas dengan jumlah mereka yang ditahan di bandar Jaranwala kini mencecah 160 orang.

Penganut Kristian meninggalkan tempat tinggal mereka ketika rusuhan itu berlaku, tetapi kembali dalam keadaan kediaman mereka sudah dihancurkan.

Semenjak rusuhan itu, ramai dalam kalangan mereka tinggal di luar rumah masing-masing kerana bimbang bangunan kediaman mereka yang  dibakar runtuh.

Anwar-ul-Haq pada Isnin lalu bertemu mangsa serangan di kawasan itu dan memberikan mereka pampasan sewajarnya.

Perdana menteri sementara itu turut berucap di televisyen berjanji memastikan keselamatan golongan minoriti negara itu seperti Kristian, Hindu, Sikh, dan Ahmadis.

Terdahulu, rusuhan tercetus di timur Pakistan apabila segelintir individu komuniti Kristian dikatakan bertindak mencemarkan al-Quran hingga mencetuskan rusuhan dengan sejumlah gereja serta kediaman penduduk Kristian dibakar dan dirosakkan.

Sumber: Daily Mail

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *