Connect with us

Terkini

Isu TV AlHijrah: Potonglah wajah saya, asalkan hiburan Islam sampai kepada rakyat –  Idris Ahmad

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad terkejut kerana program siaran ulangan rakaman rancangan Hijrahku Laguku di TV Alhijrah yang menampilkan dirinya dilihat sebagai suatu ‘kecuaian dan amalan sambil lewa’.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris
Foto: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris (kiri).
  • Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad terkejut kerana program siaran ulangan rakaman rancangan Hijrahku Laguku di TV AlHijrah yang menampilkan dirinya dilihat sebagai suatu ‘kecuaian dan amalan sambil lewa’.
  • Ahli Parlimen Bagan Serai itu berkata, program yang disiarkan pada Sabtu lalu turut mendapat amaran oleh pihak tertentu.
  • “Rancangan ini sangat baik untuk menonjolkan bakat dan minat seni yang berteraskan Islam ketika anak muda mencari jalan untuk berhibur yang diredhai Allah. Dan saya sangat berharap ianya dapat dilaksanakan setiap tahun.
  • “Jika program seumpama ini ditafsir sebagai isu politik, saya mohon mana-mana pihak untuk berlapang dada, atau potonglah mana-mana bahagian yang ada wajah saya, asalkan hiburan Islam dapat diterap kepada rakyat Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.
  • Unit Komunikasi Korporat TV AlHijrah sebelum ini dilaporkan akan melaksanakan tindakan siasatan dan penambahbaikan proses dalaman susulan tayangan ulang siar rancangan Hijrahku Laguku.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Na’im Mokhtar dilaporkan menulis ciapan di platform X (Twitter) miliknya dan meminta TV AlHijrah mengambil tindakan serta-merta.

KUALA LUMPUR — Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad terkejut kerana program siaran ulangan rakaman rancangan Hijrahku Laguku di TV AlHijrah yang menampilkan dirinya dilihat sebagai suatu ‘kecuaian dan amalan sambil lewa’.

Ahli Parlimen Bagan Serai itu berkata, program yang disiarkan pada Sabtu lalu turut mendapat amaran oleh pihak tertentu.

Katanya, beliau tidak kisah sekiranya program seumpama itu dipotong mana-mana bahagian yang ada wajahnya asalkan hiburan Islam dapat diterapkan kepada masyarakat.

“Rancangan ini sangat baik untuk menonjolkan bakat dan minat seni yang berteraskan Islam ketika anak muda mencari jalan untuk berhibur yang diredhai Allah. Dan saya sangat berharap ianya dapat dilaksanakan setiap tahun.

“Jika program seumpama ini ditafsir sebagai isu politik, saya mohon mana-mana pihak untuk berlapang dada, atau potonglah mana-mana bahagian yang ada wajah saya, asalkan hiburan Islam dapat diterap kepada rakyat Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Beliau turut mengingatkan agar bakat seniman Islam  tidak ‘dimangsakan’ dalam isu politik kerana bakat kelompok itu sepatutnya diketengahkan.

“Janganlah hanya isu politik sempit, kita abaikan bakat-bakat yang sepatutnya menjadi panduan untuk seluruh rakyat Malaysia dan umat Islam amalkan. Kasihanilah insan seni yang berjuang untuk tegakkan industri hiburan Islam dalam negara kita,” katanya.

Unit Komunikasi Korporat TV AlHijrah sebelum ini dilaporkan akan melaksanakan tindakan siasatan dan penambahbaikan proses dalaman susulan tayangan ulang siar rancangan Hijrahku Laguku.

Difahamkan, Idris menjadi tetamu kehormat yang naik pentas memberi hadiah kepada pemenang dalam rancangan hiburan berkenaan.

Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Na’im Mokhtar menulis ciapan di platform X (Twitter) miliknya dan meminta TV AlHijrah mengambil tindakan serta-merta.

“Kecuaian dan kerja secara sambil lewa tanpa amalan ketelitian tidak dapat diterima di dalam bidang penyiaran. Justeru pihak @TVAlhijrah wajib mengambil tanggungjawab dan tindakan serta merta,” katanya pada Ahad. — The Merdeka Times

Sumber : Platform X (Twitter) Dato’ Setia Dr.Na’im, Facebook Idris Ahmad

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *