Connect with us

Terkini

Isu modul hadis: MCA tak terima penjelasan KPM, mahu kajian menyeluruh

MCA tidak boleh menerima penjelasan Kementerian Pendidikan (KPM) bahawa pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi hanya untuk pelajar dan guru beragama Islam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Adam Tan

Published

on

Isu modul hadis: MCA tak terima penjelasan KPM, mahu kajian menyeluruh
Foto: Ketua Biro Hubungan Etnik dan Hal Ehwal Agama MCA, Cally Ting Zhao Song (kiri) & Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (kanan).
  • MCA tidak boleh menerima penjelasan Kementerian Pendidikan (KPM) bahawa pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi hanya untuk pelajar dan guru beragama Islam.
  • Ketua Biro Hubungan Etnik dan Hal Ehwal Agama MCA, Cally Ting Zhao Song berkata berdasarkan penjelasan Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan Islam KPM, Omar Salleh, modul itu juga akan dilaksanakan dalam aktiviti perhimpunan mingguan dan gotong-royong pelajar.
  • “Ini hanya akan mewujudkan perpecahan dalam kalangan pelajar, maka kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan hanya mengeruhkan keadaan, tidak dapat meyakinkan dan menenangkan masyarakat,” kata Cally Ting dalam kenyataan media di laman sesawang rasmi MCA di sini hari ini.
  • Beliau mengulas mengenai kontroversi isu pengajaran modul hadis itu yang akan diperluaskan dari sekolah agama kepada semua sekolah kebangsaan di bawah seliaan KPM.
  • Beliau berkata modul pengajian hadis itu perlu ditangguhkan dan kajian menyeluruh membabitkan semua pihak perlu dilakukan sebelum ia dilaksanakan di sekolah.

KUALA LUMPUR – MCA tidak boleh menerima penjelasan Kementerian Pendidikan (KPM) bahawa pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi hanya untuk pelajar dan guru beragama Islam.

Ketua Biro Hubungan Etnik dan Hal Ehwal Agama MCA, Cally Ting Zhao Song berkata berdasarkan penjelasan Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan Islam KPM, Omar Salleh, modul itu juga akan dilaksanakan dalam aktiviti perhimpunan mingguan dan gotong-royong pelajar.

Beliau berkata adakah itu bermakna pihak sekolah akan mengasingkan pelajar Islam dan bukan Islam dalam perhimpunan mingguan dan aktiviti kokurikulum. 

“Ini hanya akan mewujudkan perpecahan dalam kalangan pelajar, maka kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan hanya mengeruhkan keadaan, tidak dapat meyakinkan dan menenangkan masyarakat,” kata Cally Ting dalam kenyataan media di laman sesawang rasmi MCA di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kontroversi isu pengajaran modul hadis itu yang akan diperluaskan dari sekolah agama kepada semua sekolah kebangsaan di bawah seliaan KPM.

Cally Ting berkata persoalan isu sebenar adalah sama ada tindakan KPM itu bercanggah dengan perlembagaan atau sebaliknya, dan bukannya tentang modul hadis yang akan dilaksanakan di sekolah kebangsaan itu menjejaskan pelajar bukan Islam.

“Seperti yang dinyatakan dengan jelas oleh Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST), oleh sebab hadis adalah jelas sebahagian daripada agama Islam dan tidak ada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan ajaran Islam seperti ini di sekolah-sekolah awam, maka pengenalan modul berkenaan di sekolah awam adalah bercanggah dengan Perlembagaan,” katanya.

Beliau berkata modul itu perlu ditangguhkan dan kajian menyeluruh membabitkan semua pihak perlu dilakukan sebelum ia dilaksanakan di sekolah.

KPM dalam kenyataan media hari ini menyatakan modul berkenaan hanya digunapakai untuk pelajar dan guru beragama Islam, sekaligus mematikan andaian sesetengah pihak kononnya ia akan membabitkan pelajar bukan Islam di sekolah. – The Merdeka Times

Sumber: Laman rasmi MCA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *