Terkini
Isu hak pemain ragbi ‘dirompak’ turut berlaku di negeri lain – Netizen
Insiden Jawatankuasa Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSS) Selangor didakwa tidak professional dan melanggar peraturan dalam membatalkan keputusan yang diadili dua kali sebelum itu tular di laman sosial dan didakwa telah ‘merompak’ hak pemain ragbi terbabit untuk beraksi di Final Cup.
- Insiden Jawatankuasa Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSS) Selangor didakwa tidak professional dan melanggar peraturan dalam membatalkan keputusan yang diadili dua kali sebelum itu tular di laman sosial dan didakwa telah ‘merompak’ hak pemain ragbi terbabit untuk beraksi di Final Cup.
- Tinjauan The Merdeka Times mendapati terdapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen berhubung isu itu yang didakwa bukan hanya berlaku di Selangor, tetapi juga negeri lain termasuk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- Rata-ratanya netizen turut mengecam dan mengekspresikan kekecewaan mereka terhadap kelakuan pegawai kejohanan itu, malah turut berkongsi pengalaman yang sama seolah-olah insiden terbabit perkara biasa di kejohanan-kejohanan sukan.
KUALA LUMPUR – Insiden Jawatankuasa Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSS) Selangor didakwa tidak professional dan melanggar peraturan dalam membatalkan keputusan yang diadili dua kali sebelum itu tular di laman sosial dan didakwa telah ‘merompak’ hak pemain ragbi terbabit untuk beraksi di Final Cup.
Tinjauan The Merdeka Times mendapati terdapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen berhubung isu itu yang didakwa bukan hanya berlaku di Selangor, tetapi juga negeri lain termasuk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Rata-ratanya netizen turut mengecam dan mengekspresikan kekecewaan mereka terhadap kelakuan pegawai kejohanan itu, malah turut berkongsi pengalaman yang sama seolah-olah insiden terbabit perkara biasa di kejohanan-kejohanan sukan.
“Saya tidak terkejut isu ini berlaku membabitkan sekolah tertentu dari Hulu Selangor yang amat terkenal dengan keputusan bias dan permainannya yang ‘unsportsmanlike’,” kata netizen, Ashraf Shamshiri di media sosial.
Malah, terdapat komentar dari Anom Abu Bakar yang turut berkongsi pengalamannya di mana keputusan seri hanya diputuskan melalui ‘toss coin’ (baling duit syiling).
Beliau menyifatkan kejadian itu seperti ‘merompak’ hak pemain-pemain untuk bermain secara adil selain mendakwa pemilihan pemain juga hanya dibuat secara rambang.
“Buat apa lagi bagi MVP setiap game kalau kau measure player dengan 1 game jek,” katanya.
Disebabkan kelakuan pegawai kejohanan tidak profesional membuatkan netizen, Jarr Nadjmuddean mempersoalkan kredibiliti dan ketelusan pegawai kejohanan di Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MSSWPKL).
Beliau juga mendakwa berlakunya konspirasi atau ‘perancangan’ antara pihak terbabit dan sekolah.
“Macam ada konspirasi taknak sekolah tertentu pergi jauh. Aku pun nak bawak hal ini ke jabatan lah. Terlalu kelakar. Kemenangan bebudak ni ‘dirompak’ gitu je oleh sekolah yang takde experience main rugbi,” katanya.
Sebelum ini, Jawatankuasa Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSS) Selangor didakwa tidak profesional dan melanggar peraturan dalam membatalkan keputusan perlawanan separuh akhir Kejohanan Ragbi MSS Selangor (kategori Cup) antara Petaling Utama (PU) dan Hulu Selangor (HUSEL) yang dimuktamadkan pengadil pada Rabu lalu.
Perkara itu diutarakan aktivis masyarakat, Firdaus Wong Wai Hung dalam Facebooknya kelmarin, yang berkongsi pengalamannya menonton kejohanan turut menyelar tindakan pegawai kejohanan yang disifatkannya tidak profesional kerana tidak mengikut prosedur dan melanggar peraturan ditetapkan. – The Merdeka Times