Terkini
Henti berpolitik, fokus kerja – Fadhlina Sidek
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengingatkan semua pihak berhenti berpolitik sebaliknya fokus kepada bekerja untuk rakyat pasca Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lalu.
- Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengingatkan semua pihak berhenti berpolitik sebaliknya fokus kepada bekerja untuk rakyat pasca Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lalu.
- Dengan nada berseloroh, Fadhlina turut membina serangkap pantun yang ditujukan kepada wakil rakyat, “Kini masa untuk bekerja. Saya nak bagi satu pantun”.
- “Tik Tik Tik, Ja Ja Ja. Sudah-sudahlah berpolitik, sekarang masa bekerja,” katanya menerusi klip video yang tular di media sosial ketika mengulas mengenai isu politik semasa ditemui dalam Majlis Pelancaran Eksplorasi Rukun Negara Peringkat Sekolah Tahun 2023 yang diadakan di Dewan Kompleks Seri Bintang, Kuala Lumpur pada Isnin.
KUALA LUMPUR — Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengingatkan semua pihak berhenti berpolitik sebaliknya fokus kepada bekerja untuk rakyat pasca Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lalu.
Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai isu politik semasa ditemui dalam Majlis Pelancaran Eksplorasi Rukun Negara Peringkat Sekolah Tahun 2023 yang diadakan di Dewan Kompleks Seri Bintang, Kuala Lumpur pada Isnin.
Dengan nada berseloroh, Fadhlina turut membina serangkap pantun yang ditujukan kepada wakil rakyat.
“Kini masa untuk bekerja. Saya nak bagi satu pantun.
“Tik Tik Tik, Ja Ja Ja. Sudah-sudahlah berpolitik, sekarang masa bekerja,” katanya menerusi klip video yang tular di media sosial.
Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu lalu, menyaksikan gabungan Perikatan Nasional (PN) memenangi 146 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) memperoleh 99 daripada keseluruhan 245 kerusi ditandingi di enam negeri. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook Bernama