Terkini
Harmonikan, bukannya runtuhkan undang-undang syariah – Peguam Syarie
Isu pertembungan bidang kuasa antara undang-undang sivil dan undang-undang syariah bukanlah satu perkara asing, malah masih hangat diperkatakan dalam kes cabaran Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan di Mahkamah Persekutuan dalam masa terdekat.

- Isu pertembungan bidang kuasa antara undang-undang sivil dan undang-undang syariah bukanlah satu perkara asing, malah masih hangat diperkatakan dalam kes cabaran Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan di Mahkamah Persekutuan dalam masa terdekat.
- Pengamal undang-undang syariah, Faisalludin Mohamat Yusuff berkata usaha pengharmonian antara undang-undang syariah dan sivil dalam sistem perundangan perlu dipertingkatkan, bukannya terus meruntuhkan sistem perundangan syariah yang telah dibina.
- “Saya sedar, memang ada beberapa peruntukan jenayah dalam Akta / Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang juga wujud dalam Penal Code (Kanun Keseksaan). Tetapi, perlu ada usaha mengharmonikan dan bukannya terus menamatkan,” kata Faisalludin dalam hantaran di Facebook beliau hari ini.
- Faisalludin mengambil maklum bahawa terdapat beberapa peruntukan jenayah dalam Akta atau Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang turut wujud dalam Kanun Keseksaan (Penal Code) seperti kesalahan jenayah liwat.
- Antara usaha pengharmonian dicadangkan adalah, “sekiranya dibuang peruntukan kesalahan jenayah liwat dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah, maka kesalahan jenayah liwat dalam Kanun Keseksaan (Penal Code) perlu dilaksanakan menurut hukum syarak dan bukan mengikut undang-undang sivil”.
KUALA LUMPUR – Isu pertembungan bidang kuasa antara undang-undang sivil dan undang-undang syariah bukanlah satu perkara asing, malah masih hangat diperkatakan dalam kes cabaran Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan di Mahkamah Persekutuan dalam masa terdekat.
Pengamal undang-undang syariah, Faisalludin Mohamat Yusuff berkata usaha pengharmonian antara undang-undang syariah dan sivil dalam sistem perundangan perlu dipertingkatkan, bukannya terus meruntuhkan sistem perundangan syariah yang telah dibina.
“Saya sedar, memang ada beberapa peruntukan jenayah dalam Akta / Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang juga wujud dalam Penal Code (Kanun Keseksaan). Tetapi, perlu ada usaha mengharmonikan dan bukannya terus menamatkan,” kata Faisalludin dalam hantaran di Facebook beliau hari ini.
Peguam syarie itu berkata beliau mengambil maklum terdapat beberapa peruntukan jenayah dalam Akta atau Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang turut wujud dalam Kanun Keseksaan (Penal Code) seperti kesalahan jenayah liwat.
Katanya, antara usaha pengharmonian yang boleh dijalankan adalah “sekiranya dibuang peruntukan kesalahan jenayah liwat dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah, maka kesalahan jenayah liwat dalam Kanun Keseksaan (Penal Code) perlu dilaksanakan menurut hukum syarak dan bukan mengikut undang-undang sivil”.
“Boleh pinda atau buang semua kesalahan dalam Enakmen jenayah syariah, tetapi kesemua kesalahan jenayah syariah dalam Penal Code wajib dilaksanakan menurut hukum syarak iaitu hudud, qisas dan takzir.”
Faisalludin berkata sistem perundangan sedia ada boleh juga dikekalkan, namun perlu diletakkan proviso (syarat) dalam akta Kanun Keseksaan, khususnya pada kesalahan sama yang turut wujud dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah.
“Kesalahan liwat dalam Penal Code yang sama dengan peruntukan dalam Akta/Enakmen Islam tidak terpakai kepada Muslim sebab Muslim tertakluk pada undang-undang syariah negeri,” katanya.
Beliau berkata pendekatan pengharmonian sedemikian dapat melatih dan mendedahkan para hakim di mahkamah sivil dengan sistem perundangan Islam.
The Merdeka Times pada 2 Ogos lalu memetik kenyataan peguam, Lukman Sheriff Alias di FB bahawa Mahkamah Persekutuan akan mendengar cabaran terhadap undang-undang jenayah syariah Kelantan yang bakal meruntuhkan undang-undang jenayah syariah negeri lain dalam masa sebulan dua ini.
Faisalludin berkata beliau bersependapat dengan pegangan Lukman Sheriff dan akan terus memperjuangkan dan mempertahankan institusi Mahkamah Syariah dan undang-undang syariah di negara ini. – The Merdeka Times

You must be logged in to post a comment Login