Connect with us

Terkini

Hapuskan sistem pencen wakil rakyat – Syed Saddiq

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menuntut sistem pencen semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dihapuskan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Hapuskan sistem pencen wakil rakyat – Syed Saddiq
Foto: Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
  • Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menuntut sistem pencen semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dihapuskan.
  • Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata melalui penghapusan sistem itu masyarakat dapat menyaksikan sama ada seseorang individu itu menyertai politik kerana benar-benar ingin berkhidmat atau sekadar mahukan duit pencen.
  • Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar itu berkata, adalah tidak adil sekiranya kelompok itu dengan mudah mendapatkan pencen seumur hidup sedangkan pekerja sektor lain di Malaysia perlu melalui tempoh masa berdekad-dekad untuk mendapatkannya.
  • “Ini belum masuk lagi apabila orang itu ADUN, ada pencen ADUN pencen ahli Parlimen pencen menteri pencen speaker ada jawatan-jawatan dekat GLC, state GLC… semua itu (pencen) berbeza saudara saya tahu sebab, saya berada di kedudukan itu dan saya nak ubah. It is not fair!” katanya menerusi video Podcast Felo Komrad, Edisi PRN yang bertajuk, ‘Politik Perkauman VS Politik Institusi mana lagi seksi?’ dimuat naik di Youtube Felo Komrad pada Ahad.

KUALA LUMPUR — Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menuntut sistem pencen semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dihapuskan.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata melalui penghapusan sistem itu masyarakat dapat menyaksikan sama ada seseorang individu itu menyertai politik kerana benar-benar ingin berkhidmat atau sekadar mahukan duit pencen.

Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar itu berkata, adalah tidak adil sekiranya kelompok itu dengan mudah mendapatkan pencen seumur hidup sedangkan pekerja sektor lain di Malaysia perlu melalui tempoh masa berdekad-dekad untuk mendapatkannya.

“Ini belum masuk lagi apabila orang itu ADUN, ada pencen ADUN pencen ahli Parlimen pencen menteri pencen speaker ada jawatan-jawatan dekat GLC, state GLC… semua itu (pencen) berbeza saudara saya tahu sebab, saya berada di kedudukan itu dan saya nak ubah. It is not fair

“Kalau boleh ubah saya punya, walaupun saya sekarang ini saudara saya baru berkhidmat sebagai menteri 22 bulan tak layak dapat pencen tapi dah dimasukkan.. ahli Parlimen dah dapat dua pencen berbeza belum lagi kalau saya jadi ADUN saya jadi speaker lagi berbeza.

“Ya Allah sebab itu saya kata benda ini tak layak sebab itu kita fikirkan kenapa orang suka sangat dia nak jadi ahli politik sampai akhir zaman,” katanya menerusi video Podcast Felo Komrad, Edisi PRN yang bertajuk, ‘Politik Perkauman VS Politik Institusi mana lagi seksi?’ dimuat naik di Youtube Felo Komrad pada Ahad.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata perkiraan pencen itu adalah bergantung kepada tempoh seseorang pemimpin itu berkhidmat sebagai Ahli Parlimen.

Katanya, sebagai contoh sekiranya seorang Ahli Parlimen itu berkhidmat selama 10 penggal maka pencen diterima adalah mengikut tempoh itu dan pencen diterima sangat tinggi.

Pengamal undang-undang, Datuk Khairul Anwar Rahmat pada Jun lalu dilaporkan meminta Kerajaan menjawab dakwaan membelanjakan kira-kira RM2 bilion setahun untuk membayar pencen bekas Ahli Parlimen dan bekas ahli kabinet.

Katanya, jumlah itu boleh digunakan untuk memenuhi kepentingan orang awam antaranya membina dua hospital canggih (RM1 billion sebuah) atau 10 sekolah jika diandaikan kos sebuah sekolah ialah RM200 juta.

Khairul Anwar berkata demikian merujuk kepada satu hantaran pemilik Facebook ‘Muhamad Harris Nasril’ yang mencetuskan persoalan berhubung angka peruntukan pencen bekas wakil rakyat dan anggota Kabinet.

Jelas lelaki itu, adalah lebih baik akta saraan pencen ahli Parlimen dikaji semula berbanding kerajaan meneliti semula subsidi rakyat, khususnya membabitkan aspek perbelanjaan kesihatan.

“Akta ini menetapkan ahli Dewan Rakyat yang telah melengkapkan sekurangnya 36 bulan perkhidmatan, layak mendapat pencen maksimum 3/5 daripada gaji.

“Contoh, gaji ahli Parlimen adalah RM16,000. Maka pencen dia adalah 3/5 x RM16,000 = RM9,600,” dakwa individu itu. — The Merdeka Times

Sumber : Youtube Felo Komrad

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *