Connect with us

Terkini

Bak Kut Teh makanan warisan negara atau tidak hanya akan diumumkan selepas kajian – Tiong King Sing

Permohonan untuk menyenaraikan makanan tradisional kaum Cina, Bak Kut Teh sebagai makanan warisan kebangsaan sedang dijalankan Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (Motac).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Bak Kut Teh makanan warisan negara atau tidak hanya akan diumumkan selepas kajian – Tiong King Sing
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Permohonan untuk menyenaraikan makanan tradisional kaum Cina, Bak Kut Teh sebagai makanan warisan kebangsaan sedang dijalankan Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (Motac).
  • Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, beliau telah mengarahkan pegawai berkaitan bekerjasama dengan pakar warisan kebudayaan untuk mengumpul maklumat dan mengkaji asal usul serta sejarah Bak Kut Teh.
  • Katanya, keputusan menyenaraikan Bak Kut Teh sebagai makanan warisan kebangsaan hanya akan diketahui selepas semua data dikumpul dan dikaji.
  • “Dengan data sejarah yang cukup, apabila makanan ini termasuk dalam warisan makanan kebangsaan, baru ia akan mendapat penghormatan,” kata King Sing dipetik China Press selepas hadir di program “walkabout” calon kerusi DUN Bukit Kepayang, Nicole Tan Lee Koon di Seremban pada Sabtu lalu.

Permohonan untuk menyenaraikan makanan tradisional kaum Cina, Bak Kut Teh sebagai makanan warisan kebangsaan sedang dijalankan Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (Motac).

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, beliau telah mengarahkan pegawai berkaitan bekerjasama dengan pakar warisan kebudayaan untuk mengumpul maklumat dan mengkaji asal usul serta sejarah Bak Kut Teh.

Katanya, keputusan menyenaraikan Bak Kut Teh sebagai makanan warisan kebangsaan hanya akan diketahui selepas semua data dikumpul dan dikaji.

“Kita tidak boleh sesuka hati memasukkan Bak Kut Teh dalam senarai (warisan kebangsaan). Kita mesti tahu asal usul makanan ini, kenapa ia diwujudkan dan diwarisi sehingga kini.

“Dengan data sejarah yang cukup, apabila makanan ini termasuk dalam warisan makanan kebangsaan, baru ia akan mendapat penghormatan,” kata King Sing dipetik China Press selepas hadir di program “walkabout” calon kerusi DUN Bukit Kepayang, Nicole Tan Lee Koon di Seremban pada Sabtu lalu.

King Sing berkata Bak Kut Teh merujuk kepada makanan herba Cina, bukan herba daging babi. 

Katanya, ia juga boleh dimakan bersama daging ayam, makanan laut, daging kambing atau lembu.

Sebelum ini, media melaporkan King Sing mempertimbangkan Bak Kut Teh untuk dimasukkan di dalam senarai makanan warisan kebangsaan susulan pertanyaan daripada Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse berhubung usaha Motac untuk memastikan makanan tradisi rakyat Malaysia seperti nasi lemak, bak kut teh dan laksa diangkat martabat sebagai makanan kebangsaan Malaysia.

Sumber: China Press

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *