Connect with us

Antarabangsa

178 tentera gay Jerman mohon pampasan diskriminasi masa lalu

Kementerian Pertahanan Jerman pada Selasa berkata ia telah menerima 178 permohonan pampasan daripada anggota tentera gay yang mengalami diskriminasi pada masa lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

178 tentera gay Jerman mohon pampasan diskriminasi masa lalu
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Pertahanan Jerman pada Selasa berkata ia telah menerima 178 permohonan pampasan daripada anggota tentera gay yang mengalami diskriminasi pada masa lalu. 
  • Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, ia menjangkakan lebih banyak permohonan akan diterima walaupun matlamat undang- undang telah dicapai. 
  • Undang-undang memulihkan tentera gay yang mengalami diskriminasi itu berkuat kuasa dua tahun lalu dan kira-kira 400,000 Euro (RM2 Juta) telah dibayar sebagai pampasan simbolik, kata Kementerian Pertahanan Jerman. 
  • Kira-kira 50,000 lelaki disabitkan kesalahan sejak undang-undang menjenayahkan homoseksualiti diperkenalkan pada abad ke-19. 

BERLIN – Kementerian Pertahanan Jerman pada Selasa berkata ia telah menerima 178 permohonan pampasan daripada anggota tentera gay yang mengalami diskriminasi pada masa lalu. 

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, ia menjangkakan lebih banyak permohonan akan diterima walaupun matlamat undang-undang telah dicapai. 

Undang-undang memulihkan tentera gay yang mengalami diskriminasi itu berkuat kuasa dua tahun lalu dan kira-kira 400,000 Euro (RM2 Juta) telah dibayar sebagai pampasan simbolik, kata Kementerian Pertahanan Jerman. 

Undang-undang yang diluluskan pada 2021 itu menawarkan pampasan untuk tentera gay yang berkhidmat dalam Tentera Rakyat Kebangsaan Jerman Timur sehingga penyatuan Jerman pada 1990. 

Menteri Pertahanan Jerman dilaporkan turut memohon maaf atas diskriminasi yang berlaku terhadap tentera gay di Bundeswehr. 

Pada masa lalu, tentera telah dihukum oleh Mahkamah Tentera kerana hubungan seks gay dengan dipecat, dinafikan kenaikan pangkat atau  dilucutkan dari jawatan. 

Kementerian Pertahanan Jerman berkata proses pemulihan tentera yang terjejas di Bundeswehr tidak boleh diukur pada jumlah rehabilitasi yang berjaya dan bayaran pampasan. 

Beberapa tahun kebelakangan, Jerman dilihat cuba menangani diskriminasi anti-gay dengan pelbagai cara berbeza. 

Kira-kira 50,000 lelaki disabitkan kesalahan sejak undang-undang menjenayahkan homoseksualiti diperkenalkan pada abad ke-19. 

Sumber: NBC News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *